Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah Melainkan Allah , Allah Tuhan Yang Esa Yang Wajib Kita Percayai Akan KewujudanNya Di Alam Ini . Segala Kehidupan Seperti Manusia Dan Haiwan serta segala yang bernyawa yang hidup ini semuanya adalah ciptaan Allah . Sewajibnya untuk kita menjadi orang yang bersyukur pada hari ini .
Hari ini Genaplah 1 tahun saya dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-exco Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS) sesi 2010/2011 memerintah. Jika di pantai ada pasang surutnya , jika malam ada silih gantinya dengan siang , jika hidup ada kematiannya dan jika kita menyukainya sudah pasti ada benda yang kita membencinya dan yang terakhir sekali jika ada pertemuan sudah pasti ada perpisahan . Inilah falsafah alam dan kehidupan yang perlu kita terima sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini .
PERMANIS SEBUAH KELUARGA
Teringat saya ketika saya di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) tahun 2007 , pada saat itu saya telah didedahkan dan diberi peluang untuk terlibat sama menyertai program dalam PERMANIS . Itulah satu kesempatan yang sehingga hari ini tidak mungkin saya dapat lupakan sampai bila-bila . Dalam perjalanan yang bermula dari PASUM sehinggalah hari ini saya bakal bergelar graduan UM , apa yang suka untuk saya khabarkan kepada anda semua ialah PERMANIS bukan saya lihat sebagai sebuah persatuan yang sibuk mengendalikan pelbagai program yang telah disusun tetapi yang lebih membuat saya terharu ialah PERMANIS adalah sebuah keluarga besar khusus untuk anak-anak tempatan yang berasal Negeri Sembilan .
PERMANIS PENGALAMAN & ILMU
Jika dulu , apabila kita dengar nama UM , sudah pasti gambaran pertama yang bermain-main di fikiran kita ialah kehebatan dan kualiti graduan yang lahir dari varsity tersebut . Hari ini , percayalah semua yang memimpin PERMANIS dan memegang jawatan dalam PERMANIS, hari esok kalian pasti akan menjadi seorang pemimpin dikalangan masyarakat , organisasi dan negeri/Negara kelak . Ketahuilah rakan-rakan semua , PERMANIS bukan sahaja medan untuk kita bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kursus dan bidang pengajian kita di UM semata-mata tetapi PERMANIS menyediakan untuk anda semua satu lapangan dan bentangan luas sumber ilmu tentang kehidupan dan pengurusan hidup yang pasti sukar untuk anda lupakan dalam hidup anda semua.
Rakan-rakan semua,
Benar, PERMANIS melahirkan pemimpin dan penggerak masyarakat . Iltizam saya , apa yang saya inginkan hasil setahun pemerintahan saya ialah semua ahli –ahli yang aktif dengan PERMANIS UM ini memperolehi sedikit sebanyak pengalaman untuk mengurus organisasi/program , berhubung dengan pihak-pihak luar yang punya kepentingan dengan PERMANIS , semangat kerjasama dan sepasukan dan yang terbaik sekali ialah menyebarkan fahaman islam kepada seluruh mahasiswa di UM.Inilah medan kita,medan untuk kita berpencak sebagai seorang mahasiswa sebelum kita tamat menjadi seorang graduan dari UM.TAHNIAH semua!!!
PERMANIS DEKAT DI HATI MASYARAKAT
Dari Bengkel Induksi sehinggalah PROKAS yang terkini, PERMANIS memang gempak dan jauh lebih baik perjalanan dan pengurusan program dari tahun-tahun sebelum ini. Sekalung tahniah dan penghargaan saya ingin ucapkan kepada semua Exco-Exco PERMANIS yang telah diamanahkan untuk memimpin dan menjadi ketua kepada setiap program-program dibawah setiap exco yang telah ditetapkan . Jika dahulu, PERMANIS UM tidak dikenali di Negeri Sembilan , hari ini jika disebut nama PERMANIS UM tidak kisah di mana sahaja kita sebut walau di kawasan “coghok” (pedalaman) sehinggalah kawasan Bandar seremban semuanya mengenali nama dan identity kita (PERMANIS). Tahniah warga PERMANIS.
Inilah yang menjadi harapan dan cita-cita saya dalam memimpin PERMANIS UM dengan bukan sahaja sibuk menghabiskan program dan menyelesaikan takwim tahunan semata-mata tetapi saya juga bercitakan untuk kita sama-sama menggunakan PERMANIS UM ini sebagai platform untuk kita yang bergelar mahasiswa untuk menimba seberapa banyak pengalaman dan berdamping dengan masyarakat di luar sana . Indahnya jika kita mampu menghayati erti kehidupan sebagai seorang mahasiswa di varsity yang berprestij ini .
PERMANIS LAMA VS PERMANIS BARU ?
Siapa kata kalau orang yang telah jauh bergraduasi dan sudah lama tinggalkan UM ini sudah berkarat dan tidak boleh lagi menyumbang apa-apa kepada PERMANIS UM selepas mereka tamat graduasi di UM.Hari ini PERMANIS UM telah mencipta sejarah tersendiri buat pertama kalinya PERMANIS UM melancarkan Kelab Alumni PERMANIS UM yang satu-satunya dalam sejarah UM untuk menubuhkan kelab alumni sebagai medan untuk bekas mahasiswa UM mencurahkan serta berbakti secara tidak langsung dengan PERMANIS UM. Lebih membanggakan Kelab Alumni ini lagi dimana penaungnya telah disepakati untuk melantik Profesor Dr. Faisal Bin Haji Ali (mantan Penasihat PERMANIS UM) sebagai penanung/penasihat kepada Kelab Alumni PERMANIS UM ini.
Saya yakin usaha dan niat yang murni kita dalam usaha untuk memastikan PERMANIS UM tidak hanya sekadar sebuah Persatuan Anak Negeri yang hanya berpaksikan program semata-mata dan bakal menjadi reality tidak berapa lama lagi. Saya berusaha untuk menghimpunkan seberapa ramai bekas-bekas mahasiswa yang telah terlibat dengan PERMANIS UM satu ketika dulu .I.Allah sedikit masa lagi semuanya pasti akan tercapai .
PERMANIS MELAHIRKAN TOKOH HEBAT
Sewaktu saya menulis teks ucapan ini , saya terfikir kemana arahnya kehidupan saya selepas ini . Saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang hebat dan mampu menyumbang kehebatan itu untuk dimanfaatkan kepada masyarakat , agama dan bangsa kelak . Sayangkan PERMANIS tidak sama kita sayangkan keluarga kita di rumah kerana semua dari kita adalah bukan dari rumpun dan keturunan yang sama apatahlagi jenis darah yang jauh berbeza antara satu sama lain . Namun itu semua bukanlah penghalang untuk kita bersatu sebagai kelompok yang bercita-cita besar untuk menjadikan PERMANIS UM sebagai satu platform untuk kita mengasah bakat dan “kilang” dimana produk buatannya adalah untuk menghasilkan pasaran pemimpin “leaders” yang mampu mengubah dunia dan “islah” masyarakat dari jahil kepada ‘faqih’(berilmu) untuk kemaslahatan semua.
Ingat rakan-rakan sekalian, kita ada misi dan tanggungjawab yang besar dan jauh lebih penting dari keseronokan semata-mata dengan program yang kita ada . Kita tidak mahu melahirkan pemimpin yang kuat melayan hati , jiwa dan perasaan sehingga soal peribadi dimasukkan dalam urusan persatuan sekaligus mencetuskan perbalahan dan pertembungan emosi antara ahli dalam persatuan . Inilah dia medan “brainstorming “ dimana segala curahan idea dan isi akal fikiran samada bermutu,berkualiti atau tidak di keluarkan untuk mendapat satu keputusan yang jernih dan tepat serta baik untuk kebaikan PERMANIS UM . Usah kita memimpin dengan emosi, jika wujud perselisihan faham,damaikanlah segera antara kita supaya ianya tidak terbawa-bawa sehingga menjadi satu permusuhan dan darurat yang besar .
PERMANIS ; HARAPAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG
Tiada apa yang dapat ditinggalkan untuk adik-adik semua yang bakal mewarisi takhta kepimpinan PERMANIS UM pada sesi 2011/2012 . Apa yang pasti , hanya doa dan restu yang kami iringkan untuk kalian moga kepimpinan adik-adik semua jauh lebih baik dan berkualiti dari kepimpinan kami pada sesi 2010/2011 . Buang yang keruh dan ambillah yang jernih , sudah pasti banyak pengajaran dan ilmu yang telah kalian lihat,terima dan perolehi dari kami sepanjang berada dalam sesi 2010/2011 . Segala kekhilafan dan kesalahan serta yang kurang baik semuanya adalah prasangka yang tidak baik yang wajib dibuang jauh-jauh dalam diri kalian kepada kami selaku bakal mantan sesi 2010/2011 .
Ya, cita-cita besar saya untuk PERMANIS UM tidak mampu dibawa dan diterima oleh semua Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-exco khususnya kerana saya merupakan seorang pemimpin yang jauh dari sudut pemikiran dan cita-cita saya . Bagi saya inilah medan yang terbaik untuk saya mengasah bakat kepimpinan dalam diri saya sebelum keluar meninggalkan UM pada bulan 10 ini .I.ALLAH.Bukan harta dan bukan duit dan emas yang kami tinggalkan kepada kalian semua tetapi kami hanya tinggalkan secebis ilmu dan pesanan untuk kalian semua khusus adik-adik yang bakal naik sebagai kepimpinan PERMANIS UM sesi 2011/2012 sebentar sahaja lagi .
Ingat,kita bukanlah orang yang memulakan dan juga bukanlah orang yang mengakhirkan perjuangan dalam PERMANIS UM ini , tetapi kita adalah mata rantai yang menyambung saki baki perjuangan yang masih tertunggak dan berbaki untuk diteruskan lagi berjuang dan berjuang sehingga kiamat memanggil kita. Seiingat saya cukup untuk setakat ini ucapan saya, sudah pasti 1 tahun pengalaman memegang tampuk kepimpinan PERMANIS UM sesi 2010/2011 banyak warna-warninya dan pengalaman yang berharga yang semestinya terlalu banyak yang saya hendak ceritakan dalam ruangan yang amat terhad ini .
Pesanan akhir saya untuk kepimpinan PERMANIS UM sesi 2011/2012 rancanglah dan lakukanlah apa jua perancangan yang baik natijahnya untuk PERMANIS UM akan datang dan jangan lupa amalkan selalu perjumpaan dan mesyuarat dalam setiap kali untuk memutuskan sebarang keputusan dalam organisasi PERMANIS UM.
SELAMAT BERORGANISASI DAN SELAMAT MAJU JAYA
UNTUK PIMPINAN PERMANIS UM SESI 2011/2012
SEMOGA BERJUMPA LAGI…
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHWABARAKATUH…
Disediakan Oleh ,
MOHD SABRI BIN JAMALUDIN
MANTAN YANG DIPERTUA,
PERSATUAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN UNIVERSITI MALAYA
(PERMANIS UM SESI 2020/2011)