UM Jangan Mudah Melatah Dengan THES-QS



Tinta YDP PERMANIS UM

http://quransaintifik.blogspot.com


Saya ingin mengucapkan tahniah diatas kesungguhan dan kerja kuat yang telah dilakukan oleh seluruh pentadbiran Universiti Malaya(UM) dalam memastikan UM terus cemerlang dalam menerajui university terbaik dan hebat dikalangan university-universiti dalam Malaysia baru-baru ini.Syabas Profesor Gauth Jasmon,Naib Canselor UM.


Namun lain pulak yang terjadi apabila Times Higher Education-Quacquarrelli Symond (THES-QS) mengumumkan penarafan baru-baru ini dengan meletakkan UM pada kedudukan 207,UKM (263),USM (309),UPM (319) dan UTM (365).Semuanya telah terkeluar daripada senarai 200 terbaik.Kenyataan ini telah membuatkan seluruh warga UM terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan status kedudukan UM dikalangan seluruh university terbaik dunia teruk dan membimbangkan semua pihak.Selaku mahasiswa UM yang berada di tahun akhir,sudah pasti kejatuhan UM ini begitu dirasai kerana memandangkan dan terasa seolah-olah tahap kualiti dan kemasyhuran UM di mata dunia kini semakin terhakis dan lama kelamaan menjadi surut.


Berbalik kepada sejarah dahulu,sudah pasti kita dapat melihat UM begitu gah dalam merebut takhta dan kemasyhuran untuk memperolehi university terbaik dikalangan Negara-negara Asia dan jauh lebih besar dari itu dunia.Pada tahun 2004 ,2005 dan 2006 sewaktu saya tidak lagi menjejak kaki di UM,UM pernah menduduki tangga 89 , 162, dan 192 yang mana kedudukan UM senantiasa bermain dibawah aras 200.Meninjau sejarah terdahulu dibawah pentadbiran Dr. Hashim Yaacob iaitu Naib Canselor UM,UM dilihat dunia sebagai sebuah university terhebat dalam Asia dan juga dimata dunia apabila buat pertama kali UM ditempatkan khas dalam kedudukan yang ke-89.Sejurus saat UM diiktiraf oleh THES-QS pada masa itu,nama UM semakin menetap dibibir dikalangan mahasiswa seluruh dunia yang ingin meneruskan pengajian mereka diperingkat ijazah dasar dan juga ijazah tinggi berlumba-lumba untuk menempatkan diri sebagai pelajar UM.


Namun itu semua adalah kenangan dimasa lepas,kebarangkalian untuk terjadi semula mungkin ada dan mungkin tidak akan berlaku untuk UM.Di Malaysia,UM dilihat sebagai sebuah university yang cukup berprestij yang cemerlang dan gemilang dengan kajian dan penyelidikan (RnD) yang sentiasa dipamerkan dalam pameran-pameran nasional dan antarabangsa setiap kali wujud penganjurannya.Tahap mutu dan kualiti pembelajaran dan pengajian (PnP) oleh para pensyarah kepada pelajar sentiasa dititikberatkan malah sentiasa ditingkat untuk memastikan tahap mahasiswa yang dikeluarkan sendiri oleh UM adalah yang berkualiti dan terbaik disemua peringkat nasional mahupun antarabangsa.Syabas UM!!!


UM masih boleh dibanggakan lagi apabila pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh Dr.Hashim Yacob selaku Penasihat Penarafan Universiti QS.Disamping kelegaan sedikit dapat dilepaskan buat Prof.Gauth Jasmon,Naib Canselor UM apabila Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin telah menyatakan :


“Kita tidak perlulah menjadi obsesif mengenai penarafan dunia.Turun naik penarafan adalah perkara biasa.Kementerian mempunyai rancangan strateginya sendiri yang ditandaaraskan mengikut amalan terbaik dunia.Kita tidak boleh dibandingkan dengan university lain yang syarat dan persekitarannya nyata berlainan daripada kita”


UM jangan terlalu mudah melatah dan kita perlu sedar bahawa criteria yang digunapakai oleh THES-QS itu dibuat oleh Negara barat yang tidak langsung memandang dan menjeling bahkan mengambil kira Negara membangun dan tidak membangun.Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,namun sejauh mana kemampuan Malaysia untuk membangun bukan sekadar membangun untuk mendapatkan tempat dalam kedudukan university terbaik dunia yang dibuat oleh THES-QS malah pembangunan sumber modal insane dan jauh lagi dari itu yang barangkali mampu mencetuskan situasi “win-win”kepada kerajaan dan juga rakyat sendiri.


Kriteria yang dimaksudkan ialah :

1.Penilaian daripada rakan sejawatan iaitu sebanyak 40 %.

2.Penilaian majikan sebanyak 10 %.

3.Bilangan pensyarah dari luar Negara sebanyak 5 %.

4.Bilangan pelajar dari luar Negara sebanyak 5 %.

5.Nisbah pensyarah kepada pelajar sebanyak 20 %.

6.Rujukan Penerbitan sebanyak 20 %.


Inilah kriteria yang mungkin saya boleh tunjukkan kepada warga UM semua,namun saya yakin anda semua mampu menganalisis dan mengkaji adakah anda selaku pelajar UM,selaku kakitangan UM telah menyumbang kearah kejayaan UM untuk mendapatkan tempat dalam status university terbaik dunia.Jika ya,syabas dan tahniah ,jika tidak,sesuatu perlu difikirkan oleh anda sendiri.


Walaubagaimanapun,kita harus sedar dalam usaha untuk menempatkan UM dikalangan universiti terbaik dalam Malaysia,Asia dan dunia bahawa kita juga mempunyai satu tanggungjawab yang cukup besar yang perlu digalas iaitu tanggungjawab untuk melahirkan,membentuk dan membina modal insane (mahasiswa) yang bukan saja cemerlang dalam mengumpul Gred Kumulatif (PNGK) dalam setiap semester,bahkan UM juga perlu membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan dunia bahawa UM merupakan sebuah universiti yang melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang lengkap lagi sempurna sepertimana yang disarankan oleh agama Islam sendiri.


Sekian…UM,Producing Leadership Since 1905..

PERMANIS: Cinta Pandang Pertama



Oleh: Mohd Hasyim Bin Harun

http://akusebuahkisah.blogspot.com

PERMANIS...Cinta pandang pertama, ketika itu di Minggu Promosi Persatuan di KPS beberapa minggu di purnama ke tujuh selepas berlangsungnya Minggu Haluansiswa, ketika itu, freshie2 ASTAR sangat gah di MHS. Menang itu dan ini. (klik pada gambar2 utk tumbesaran maksimum)

akan datang

PERMANIS... Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM. Haruslah aku berbangga menjadi anak N 9 yang terkenal dengan negeri beradat dan masakannya yang pedas-pedas belaka. Ketika aku mula berjinak-jinak dengan PERMANIS, ketika itu, ia dibawah pemerintahan Saudara Farhan. Aku sangat kagum dengan dia apabila dia berucap, ucapannya bersemangat dan menaikkan semangat.


Tahun kedua, entah bagaimana aku diselinap masuk ke dalam exco PERMANIS. Kira jadi orang dalam lah. Exco Kesenian dan Kreativiti katanya. Aku dikehendaki mengarah projek majlis berbuka puasa. Pada tahun lepas, projek tersebut hanya diadakan di cafe Fakulti Sains. Jadi berbekalkan sedikit pengalaman yang aku ada sepanjang tahun satu tu, aku pun mulalah merancang flow program.


Tempat pertama yang terlintas di otak aku yang agak sempit ketika itu ialah nak buat majlis buka puasa di Dewan Tun Perak kolej aku ni ha, atau pun di Dewan Gemilang KK12.Tapi, aku dok pk balik, apa barang buat kat kolej. Aku pun terus online mencari senarai hotel2 di negeri kesayangan aku tu. Setelah Hotel Seri Malaysia x cukup tempat, Corus Paradise Hotel pulak jual mahal, aku pun memilih Glory Beach Resort.


Ketika itu belanjawan yang tertera di KKD ialah 12 hibu hinggit, haruslah ia melibatkan sejumlah 160 orang, 80 orang daripadanya ialah anak-anak yatim yang aku search dari internet jer.. urusan dengan diorang semua just calling sambil tangan sibuk di keyboard. Dengan kewangan PERMANIS yang kukuh, aku raselah... ditambah pula dengan sokongan kuat Penasihat PERMANIS yang terus meluluskan KKD aku tu tanpa edit, Yayasan N 9 pun menghulurkan lah 7 ratus billion ribu ringgit. Tau, aku mintak banyak2.


Mengendalikan projek under persatuan, taklah serumit dan secomplicated mengendalikan projek under kolej. Under kolej – banyak cekadaknya, itu tak boleh, ini tak boleh, protokol itu prosedur ini, hatta nak pinjam sehelai lapik dulang pun perlu isi borang 3 hari bekerja sebelum tarikh guna !


Tapi.. ketika aku menguruskan program PERMANIS tu, aku boleh buat apa yang aku suka, tanpa perlu minta nasihat daripada orang yang menasihat.Ketika aku mengendalikan projek tersebut, aku sebenarnya turut terlibat sebagai orang penting untuk 3 projek kolej yang berlangsung serentak perlaksanaan gerak kerjanya dengan program majlis buka puasa aku tu. Menguruskan bahagian Publisiti...


Ketika itu, hanya tuhan yang tau, betapa gilanya aku. Nak nagis aku dibuatnya, x menang tangan, terpaksa berkejar ke sana sini, penat tu xyah cerita lah... Seingat aku, itulah masa yang aku paling giler lah... 3 projek kolej n mengarah pula projek PERMANIS di tarikh perlaksanaan gerak kerja yang sama. Tapi Alhamdulillah... dibantu oleh senior2 yang hebat2 belaka, semuanya berlangsung dengan lancar, disamping pahat dan penukul yang masih berbunyi, maklumlah mulut manusia...


Di tahun kedua bersama PERMANIS, di bawah pimpinan Saudara Zaid, bilangan programnya lebih banyak daripada ketika aku di tahun satu. Banyak jugalah program yang aku nampak banyak cacat cela dan tempangnya. Tapi, memandangkan program aku tu juga, aku rasa ada beberapa yang tidak kena, aku diamkan sahaja. Ape pun 2 tahun bersama PERMANIS, aku sangat gembira, seronok, dan yang paling penting, kami satu keluarga, yang semuanya bagus-bagus belaka.


Melalui PERMANIS ini jugalah aku dapat merayau ke seluruh tempat di N. Sembilan ni, dan mungkin juga akan keluar menjengah negeri2 dan negara lain.Masuk tahun ketiga bersama PERMANIS, terlalu banyak pembaharuan dan perubahan yang telah dan akan berlaku. Ketika ini, aku di bahagian Publisiti dan Penerbitan, bahagian yang memerlukan anda mempunyai stamina yang kuat untuk menghadap laptop selama berjam2 mendesign itu dan ini n menyiapkan multimedia show. Kalau lah aku mengenakan bayaran, nescaya saving account aku sentiasa bertambah.


Sekarang, sudah hampir di penghujung semester 1 di tahun ketiga bersama PERMANIS di bawah kepimpinan Saudara Sabri, aku just harap, PERMANIS akan terus melangkah dengan lebih cemerlang. Biar satu N. Sembilan tahu apa itu PERMANIS, biar seluruh UM dan satu Malaysia tahu apa itu PERMANIS.


PERMANIS: Tetap Di Hati...
http://permanisdhati.blogspot.com

Ibu Kita Satu


Saya ada ibu
Ibu saya satu
Pesanannya beribu-ribu...!

Sebagai tanda kasihnya ibu
Setiap langkah satu persatu
Diiringi dengan pesannya yang beribu
Jangan begini jangan begitu
Waras bertindak jangan melulu
Berhati-hati ke tempat dituju
Memilih teman biar beribu
Musuh jangan pun satu
Pesannya memang beribu..!

Matlamatnya hanya satu
Melihat anaknya menuju mercu
Genggam erat cita-cita lalu
Cemerlang menuju Allah Yang Satu
Pasti berputik puas di kalbu
Itu anakku !

Alhamdulillah... syukur padaMu
Beribu pesanan ibu mengiringi langkahku
Disamping redha dan rahmat dariMu
....


HasYimie

Damailah Malaysia Indonesia

Oleh: Mohd Sabri Jamaludin
http://quransaintifik.blogspot.com


"KENAPA muda-mudi kita tidak mengambil tindakan membuang najis dan memijak-mijak Sang Saka Merah Putih." Itulah ayat terakhir dalam berita (Utusan Malaysia 28 Ogos) mengenai reaksi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim terhadap demonstrasi kumpulan Bendera di Jakarta.

Memanglah perbuatan kumpulan Bendera itu sangat menghina bangsa dan negara kita. Kepala kita seperti dipijak-pijak. Muka kita terasa disembah najis! Muda-mudi kita bukanlah seperti kumpulan Bendera. Kita tak perlu bertindak bodoh dan tidak waras. Kita boleh saja bila-bila masa pun melempar najis dan memijak bendera Indonesia di kedutaan mereka di Jalan Tun Razak. Akan tetapi kita tidak patut menjatuhkan maruah dan darjat kita sama seperti anggota kumpulan Bendera di Jakarta itu. Lagi pun tak ada gunanya 'menunjukkan berani' kepada Indonesia.


Tahun lalu, Bendera mengumumkan rancangan menawan negara kita pada 8 Oktober. Mereka akan menghantar pasukan 1,500 orang untuk menyerang kita melalui darat, laut dan udara. Serangan ini akan diikuti pula dengan pasukan yang kedua. Mereka akan berkerjasama dengan tenaga kerja Indonesia (TKI) dan pelajar Indonesia yang berada Malaysia.


Dengan penuh kebanggaan diberitahu pula, sepuluh orang perisik telah dihantar ke Malaysia untuk melakukan pengintipan dan menyediakan pelan pertempuran. Satu "perang terbuka" dan "pertempuran sengit" akan berlaku "seperti yang kamu tonton dalam peperangan di TV".


Dalam bulan September kita dapat menyaksikan dalam majalah dan TV di Indonesia gambar-gambar menunjukan para sukarelawan mereka, dengan semangat menyala-nyala, berlatih menggunakan panah, tombak dan pedang dan mempelajari ilmu kebal. Mereka bersiap sedia untuk menyerang negara kita.


Ini adalah angan-angan orang tidak siuman. Sebab itulah serangan khayalan itu tidak berlaku. Yang berlaku ialah 'serangan' TKI, terutama melalui pelabuhan Kelang dan Melaka. Tiap-tiap hari, ketika demonstrasi maki hamun Malaysia di Medan dan Pekan Baru, rombongan TKI yang berkumpul di Pekan Baru, Dumai dan Batam terus 'menyerang' negara kita.


Nyatalah kumpulan itu hanya mampu berdemonstrasi gila-gilaan saja. Jadi eloklah kita biarkan saja mereka berdemonstrasi sepuas hati sepanjang tahun. Mereka mungkin akan menyerang dan membakar kedutaan, stesen Petronas, bank dan kantor syarikat-syarikat kita di sana.


Kita serahkan kepada pemerintah Indonesia untuk menangani rakyatnya. Namun kalau mereka bertindak sampai ke situ, kita pun ada jawapannya. Kita bukanlah orang bacul seperti yang mereka sangka.


Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, "Orang ini, dia tidak ada pelajaran. Dia bodoh. Sebab itulah dia buat macam itu." Lagi pun mereka tidak ada kerja. Demonstrasi akan memberikan kepuasan, melupakan penderitaan hidup dan frustrasi dan ada upahnya.


Hubungan saya dengan Indonesia cukup lama - semenjak tahun 1950 melalui buku-buku angkatan Pujangga Baru. Saya pun belajar di sana selama tiga tahun. Ramai cerdik pandai, pejuang kemanusiaan, budayawan dan penulis terkenal adalah teman baik saya.


Saya pun tertawan oleh keindahan alam dan seni-budaya Indonesia, lalu berulang ke sana setiap tahun. Maka mengerti jugalah sedikit sebanyak masalah manusia di Indonesia. Sebab itulah saya rasa, tidak wajar ikut perangai liar kumpulan Bendera.


Menurut Duta Besar Indonesia di Malaysia, "Demonstrasi merupakan satu perkara biasa di Indonesia." Tetapi kita tidak mahu demonstrasi jalanan- apa lagi sambil memekik "Allahu Akbar" - seperti yang pernah diamalkan oleh sebuah parti pembangkang beberapa tahun lalu- jadi "satu perkara biasa" pula di negara kita."


Lagi pun generasi muda kita, ada banyak tugas lain yang lebih penting daripada berdemonstrasi di depan kedutaan Indonesia. Kita pun boleh membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia, tetapi itu kerja bodoh dan sia-sia. Kita hidup dalam abad ke-21, zaman internet, bukan zaman jahiliah.


Ada banyak tindakan "berhemah" yang boleh dilakukan - oleh rakyat dan kerajaan kita. Kalau penghinaan ini-- terutama melalui media massa - berterusan, elok juga kita mulakan tindakan yang wajar dan selaras dengan undang-undang negara kita.


Bukan hendak melawan demonstrasi yang sudah "jadi perkara biasa" di sana, tetapi untuk menunjukkan kita juga ada maruah dan harga diri, walaupun kita negara kecil.


Kepada Datuk Rais, ingin saya sarankan agar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri atau diserahkan kepada syarikat swasta membuat suatu siri dokomentari yang menunjukkan "serangan" dan "kesenangan hidup" pendatang Indonesia di negara kita. Dokumentari ini juga perlu menunjukan kesibukan keluar masuk warga Indonesia melalui pelabuhan dan lapangan terbang kita setiap hari.


Perlu juga satu episod yang menunjukkan perubahan hidup yang dicapai oleh keluargaTKI yang telah mencari rezeki di negara kita. Ada ribuan contoh di Pulau Jawa.


Dokumentari ini bukan suatu serang balas, tetapi suatu gambaran realiti yang positif. Dan jika TV di Indonesia benar-benar hendak bekerjasama dengan kita - seperti yang diumumkan - mintalah mereka menyiarkan dokumentari ini. Kita menghargai persahabatan, bukan permusuhan.


akan datang : JAKSA 10



Salam Lebaran 1431


Salam Lebaran

Salam Aidilfitri


PERMANIS UM

mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran

JAKSA 10: Jalinan Kasih & Sambutan Aidlifitri PERMANIS

Mohd Naim Bin Nazri

Pengarah Program


Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri

Di Perkampungan Orang Asli

1-3 Oktober 2010 :: Kampung Orang Asli Putra Jelebu

"Seerat Kasih Serumpun Sayang"


PENGENALAN


Jalinan Kasih Dan Sambutan Aidilfitri di Perkampungan Orang Asli 10’ (JAKSA’10) merupakan program pertama, dan julung-julung kali diadakan oleh PERMANIS yang sebelum ini tidak pernah dianjurkan oleh badan persatuan ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PERMANIS Universiti Malaya kepada masyarakat Orang Asli dan menyedari sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli serta melatih ahli-ahli PERMANIS mengendalikan sesebuah program.

Merujuk kepada program-program yang telah dianjurkan oleh PERMANIS, inilah kali pertama program yang melibatkan etnik asal negara kita ini lebih-lebih lagi program yang berbentuk kebajikan seperti ini. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan biro kenegaraan dan patriotik kami merancang untuk mengadakan program JAKSA’10 ini sebagai langkah untuk menanamkan semangat kenegaraan dan patriotik dalam setiap jiwa masyarakat Orang Asli. Program ini juga sebagai satu sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka.

Kesimpulannya diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak dan segala matlamat serta perancangan yang diatur akan terlaksana dengan jayanya, InsyaAllah.


OBJEKTIF


  • Sebagai menzahirkan harapan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam memperjuangkan kebajikan Orang Asli.
  • Memberi pendedahan akademik kepada anak-anak Orang Asli.
  • Sebagai satu sumbangan dalam membantu masyarakat Orang Asli untuk mengenali dunia luar.
  • Mengenal pasti sejauh mana kefahaman Orang Asli terhadap agama Islam.
  • Sebagai satu platform bagi mahasiswa dan mahasisiwi UM untuk mengambil peluang bagi mengendalikan suatu program dan memupuk semangat kerjasama.


JUSTIFIKASI


Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara mahasiswa PERMANIS UM dan masyarakat Orang Asli. Program ini turut diharap dapat membuka lembaran baru yang baik di antara PERMANIS dan semua ahli persatuan. Sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka. Memberi pendedahan betapa pentingnya pendidikan pada masa sekarang. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat perkampungan Orang Asli.


* program ini melibatkan 40 orang peserta - PERMANIS UM

anda yang terpilih akan di invite melalui mesej. harap maklum

Buka Puasa MT & Exco

Pada 31 Ogos yang lepas, telah diadakan satu majlis khas berbuka puasa MT & Exco PERMANIS bertempat di Dataran Kimia Fakulti Sains. Majlis berbuka puasa ini dirancang oleh MT PERMANIS khusus bagi meraikan juga sebagai tanda penghargaan kepada barisan Exco yang yelah banyak menyumbang jasa dalam menjayakan pelbagai program anjuran PERMANIS... PERMANIS_Tetap Di Hati









lagi gambar... click me (to facebook)