Karnival Sukan Mahasiswa N. Sembilan 2010 (SUKNES@U)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 5-7 Februari 2010, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMANIS UKM) selaku tuan rumah buat julung kalinya telah menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan 2010 (SUKNES@U). SUKNES@U turut anjuran bersama Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS).


Karnival sukan dwi tahunan ini disertai oleh 7 buah universiti, dan berjaya menghimpunkan sekitar 300 mahasiswa N. Sembilan daripada seluruh Malaysia. Program cetusan idea daripada YB Menteri Besar sendiri iaitu Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ini turut memperoleh sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada Yayasan Negeri Sembilan selaku penyumbang utama sepanjang karnival ini berlangsung.


Majlis Perasmian yang penuh gilang gemilang oleh MB turut diserikan dengan majlis penyerahan anugerah cemerlang kelas pertama, iaitu majlis yang memberi pengiktirafan kepada anak-anak N Sembilan atas kecemerlangan sepanjang bergelar mahasiswa.






Sepanjang karnival sukan tersebut berlangsung, beberapa sukan teras telah dipertandingkan, antara termasuklah bola tampar, takraw, bola baling, futsal, dan ping pong. Pastinya ia berjalan dengan lancar, lebih-lebih lagi apabila keseluruhan padang yang digunakan untuk tujuan sukan teras tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti sukan yang lain.




Pada sebelah malam hari kedua, berlangsungnya Mini Konvensyen yang memperdebatkan mengenai kebajikan mahasiswa dan pembangunan masyarakat. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar, tambah menarik apabila dapat menyaksikan mahasiswa berhujah mengenai usul yang diketengahkan. PERMANIS UM tampil lebih bergaya apabila membentangkan usul yang berbunyi Pemvariasian Institusi Masjid, dan Pembangunan Pusat Intelektual Mahasiswa N Sembilan di Setiap Daerah N Sembilan.


Pada hari terakhir berkampung di UKM ini, ia dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Sukan Rakyat. Sebelum itu, program dimulakan dengan senamrobik yang menarik sebenarnya.



Antara Sukan Rakyat yang dipertandingakan termasuklah, tarik upih, lari dalam guni, kaki tempurung, belon, baling tin, dan acara kemuncak, tarik tali. Sukan Rakyat ini keseluruhannya berjalan lancar, dan lebih meriah, disamping dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa, dengan bersukan ini juga dapat menjadikan badan lebih sihat, otak juga cergas !


Tahniah kepada PERMANIS UM - tarik tali lelaki yang berjaya mengungguli acara tersebut. Tahniah juga untuk acara lari dalam guni, tarik upih, baling tin, dan belon yang berjaya memperoleh johan.



Sejurus selepas tamat Sukan Rakyat, berlangsungnya majlis perasmian penutup SUKNES@U 2010. Majlis telah dirasmikan oleh YB Shamshulkahar Bin Mohd Deli, merangkap Adun Kawasan Serting, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Tahniah kepada UKM yang menjadi johan keseluruhan SUKNES@U edisi 1 2010.


Akhir kata, tahniah diucapkan kepada PERMANIS UKM di atas penganjuran cemerlang kali pertama SUKNES@U 2010. Moga berjumpa lagi. Terima kasih daripada kami PERMANIS UM. PERMANIS UM juga mengucapkan terima kasih kepada kontinjen PERMANIS UM yang terlibat menjayakan karnival sukan tersebut. Nantikan program mega PERMANIS UM seterusnya Operasi Khidmat Masyarakat 2010 - OPKIMNAS'10.

HasYimie...



Menjelang OPKIMNAS '10 : Homestay Laman Bakinang

Desa tanah adat

Oleh Nor Shahfizan Hasim
nshahfizan@bharian.com.my




Air terjun, budaya serlah keunikan Laman Bakinang

KEDINGINAN air terjun Jeram Tengkek di sebalik kehijauan dan ketenangan desa bagai menjerat penulis untuk terus bersantai di Homestay Laman Bakinang, Kampung Tapak, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pertama kali menjejakkan kaki di homestay ini, hati terus terpaut dengan suasana perkampungan tropika dilengkapi kemudahan selesa hingga hati berat meninggalkan desa yang mengusik 1,001 kenangan ini.

Homestay Laman Bakinang namanya diabadikan daripada peneroka yang dipercayai berasal dari Bangkinang, Padang, Indonesia. Sebahagian besar penduduknya mencari rezeki melalui hasil pertanian.


Kenangan bersantai di desa permai yang masih mempertahankan Adat Perpatih ini tidak akan dilupakan... Ikuti catatan dan rakaman lensa pengembaraan di Laman Bakinang.


Sabtu

PALUAN gendang menyambut kehadiran pelancong.

11 pagi: Hujan renyai menyebabkan penulis ‘liat’ bersiap untuk memulakan perjalanan ke Homestay Laman Bakinang. Cukup santai dirasakan perjalanan kali ini.

Penulis memperlahankan kenderaan menyusuri Lebuh Raya Utara-Selatan menuju Seremban sebelum keluar di Tol Senawang. Selepas sejam setengah memandu, penulis tiba di laluan masuk homestay ini.

1 petang : Sebaik tiba, penulis melihat penduduk kampung sibuk membuat persiapan menyambut tetamu. Sambil menghirup minuman yang disediakan, fikiran jauh melayang memikirkan indahnya kehidupan desa yang jauh dari kesibukan kota.

2.30 petang : Ketika penulis leka membelek kamera, keriuhan penduduk yang sibuk membuat persiapan tiba-tiba terhenti apabila bas yang membawa pelancong tempatan, Thailand dan Indonesia tiba di perkarangan. Kelihatan remaja yang lengkap dengan pakaian tradisional Negeri Sembilan memukul gendang mengiringi ketibaan tetamu.

MUZIUM Warisan menyimpan koleksi barangan antik.

Penduduk kampung mula menghidangkan santapan makan tengah hari. Hidangan nasi panas dengan aneka lauk dan ulam-ulaman menjadi menambat selera kami.

4.45 petang : Selepas berehat, kumpulan pelancong diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Penulis mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar kampung termasuk berhampiran Homestay Laman Bakinang.

Penulis leka memerhatikan keindahan alam sehingga senja berlabuh.

6.45 petang : Sinar mentari mula melabuhkan tirai. Penulis membuat keputusan pulang ke rumah penginapan, badan juga mula terasa letih.

8.45 malam : Selepas membersihkan diri, penulis bergegas ke perkarangan homestay untuk melihat acara yang dianjurkan. Perarakan pengantin iaitu ‘mempelai’ dari kalangan pelancong asing yang dikenakan pakaian tradisional Melayu menggamatkan malam. Pukulan kompang dan bunga manggar serta percikan bunga api menambah keseronokan. Tarian Randai juga dipersembahkan selain diselang-selikan dengan acara menepung tawar.

11 malam : Mata makin mengantuk. Jika ikutkan hati, mahu saja merasai kemeriahan malam - namun tewas juga dek pujukan mata. Penulis pulang ke bilik penginapan.

Ahad

9 pagi :
Selesai sarapan, penulis bersama dua Pegawai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, Wan Siti Zubaidah Yahya dan Izyan Shazana Mazlan mula merencana program lawatan di sekitar Homestay Laman Bakinang.

Agenda pertama, kami berkunjung ke Muzium Warisan yang menjanjikan kelainan. Antara barang antik yang dikumpul termasuk seterika, pedang, tempayan, pedang dan peralatan pertukangan kayu dipamerkan.

11.30 pagi : Aktiviti seterusnya, penulis menjenguk lokasi perkelahan keluarga di Air Terjun Jeram Tengkek. Penulis melihat ramai pengunjung menikmati kedinginan air sungai dan mandi-manda di pusat rekreasi ini.

Suasana menghijau begitu mendamaikan... Cukup sekadar mencecahkan kaki di permukaan air yang sejuk.

12.45 tengah hari : Dalam mencari keunikan yang ditawarkan di Homestay Laman Bakinang, penulis dijemput melawat projek tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakan penduduk kampung.

Pengusaha projek ini, Roslinda Harun bangga hasil penat jerihnya sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil lumayan. Tanaman cendawan ini dipetik setiap hari dan dipasarkan di pekan Bahau.

1.30 tengah hari : Masa untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Penulis menuju ke Homestay Laman Bakinang untuk menikmati makan tengah hari.

3.30 petang : Detik paling menyeronokkan tiba. Acara sukan rakyat diadakan bagi memperkenalkan permainan tradisional Melayu kepada pelancong asing. Acara main klereng, perahu darat, gusti air, pukul bantal dan tapak gajah mendapat sambutan ramai. Keseronokan dan pelbagai aksi pelancong asing dapat dilihat sepanjang acara berlangsung.

6 petang : Masa untuk pulang... Terasa cepat perjalanan waktu di desa ini. Hati berjanji untuk kembali lagi di desa permai ini.

IN-PRISM '10 Dalam Kenangan

Pada 15-17 Januari 2010, PERMANIS UM telah menganjurkan program Intellectual Personality of Inspirational Student Motivation (IN-PRISM '10) bertempat di Tapak Perkhemahan Kaki Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan. IN-PRISM merupakan program kesinambungan daripada program Kem Motivasi Anak Wawasan (KEMAS). IN-PRISM yang melibatkan 10 buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan ini berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan IN PRISM 10. Moga berjumpa lagi.

Majlis Ilmu...

Secret resepi...

Explorace

BBQ

Fasi yg sedang bekerja...

Jumpa Lagi !!!

IN-PRISM '10

Selamat Menghadapi Peperiksaan


WARGA PERMANIS UM

mengucapkan

SELAMAT MENGHADAPI PEPERISAAN

semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang




PERMANIS
tetap di hati...

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Saudara Zaid & Penasihat, Prof Faisal


Pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430, PERMANIS telah menganjurkan sebuah lagi program iaitu Majlis Berbuka Puasa PERMANIS Bersama Anak Yatim... Bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson, majlis tersebut berlangsung dengan penuh meriah, lebih-lebih lagi apabila ia dihadiri oleh 80 orang adik-adik daripada Ruma Anak yatim Ulu Gadong, Rembau, dan Yayasan Anak Yatim Daerah Port Dickson. Seramai lebih kurang 80 orang warga PERMANIS juga turut menyertai majlis tersebut.



kala senja


juadah berbuka


tetamu VIP, YDP, Penasihat PERMANIS & wakil rumah anak2 yatim

kenangan...

Glory Beach Resort

antara barisan pelaksana program


Pengarah Program... Mohd Hasyim Bin Harun (duduk)





jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini...
moga bersama peroleh manfaat....