Selamat Bercuti


PERMANIS UM

mengucapkan

SELAMAT BERCUTI KEPADA SELURUH MAHASISWA UM

...manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya....

MENARIK MENANTI ANDA
SEM 2 2010/2011

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (Jan 2011)

INTELLECTUAL & PERSONALITY
OF INSPIRATIONAL STUDENT MOTIVATION (Feb 2011)

PROGRAM KERJASAMA
KARNIVAL SUKAN RAKYAT PERSATUAN ANAK NEGERI (Mac 2011)

PROGRAM KEMAHIRAN ASAS SENI REKA GRAFIK (Mac 2011)

MALAM APRESIASI &
ANNUAL GRAND MEETING (April 2011)

Ceria & Gembira Bersama
PERMANIS_Tetap Di Hati


*maklumat program akan dikemaskini



Kerajaan Sasar Kriteria Status Negeri Maju 2020

SEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri kali ke-12 bagi negeri ini masuk hari ketiga di mana persidangan berjalan lancar dengan persoalan-persoalan lisan bagi membahaskan pembentangan Bajek 2011 N.Sembilan.


Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) mengemukakan soalan dengan bertanyakan apakah perancangan dan sasaran Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat negeri maju menjelang 2020 dan berapakah pendapatan setiap isi rumah dijangkakan pada tahun tersebut telah dibalas oleh YAB Menteri Besar (BN-Rantau).


Menurut Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan (BN-Rantau), Kerajaan Negeri Sembilan telah mensasarkan bagi mencapai negeri maju dengan melaksanakan beberapa usaha dan perancangan. Walau bagaimanapun, kriteria untuk mencapai status negeri maju memerlukan pendapatan perkapita penduduk perlu mencapai RM 48′000 setahun selain memastikan kadar pertumbuhan purata KDNK antara 6.5% – 7.5% setahun.


“Status negeri maju juga merangkumi kadar pengangguran 3% setahun, penyertaan gunatenaga buruh 70% selain mencapai kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 1% setahun dan mempunyai 0% miskin tegar,” jelas beliau.


Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri akan memberikan tumpuan kepada 3 sektor utama sebagai penggerak ekonomi iaitu sektor pembuatan, sektor industri perkhidmatan dan sektor pertanian. Ketiga-tiga sektor ini akan memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan asing dan tempatan, pewujudan peluang pekerjaan, mengurangkan migrasi keluar dari negeri ini serta menjana aktiviti ekonomi setempat.

YAB Menteri Besar juga menjelaskan, Kerajaan Negeri akan menjalankan Kajian Semula Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan untuk diselaraskan dengan Model Baru Ekonomi (MBE) seperti yang diperkenalkan Perdana Menteri. Penyelarasan ini perlu dibuat utnuk memastikan sasaran yang ditetapkan selari dengan sasaran Kerajaan Persekutuan.


“Bagi jangkaan pendapatan isi rumah pula, Kerajaan Negeri mensasarkan setiap isi rumah sekurang-kurangnya RM 4′000 sebulan atau RM 48′000 setahun menjelang 2020 selaras dengan status Negeri Maju,” jelas beliau lagi.


Sementara itu, Dato’ Mohd Kamil Abd Aziz (BN-Gemencheh) yang bangkit bagi menanyakan apakah langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi masalah rezab sungai kerana rata-rata kini menjadi isu dan menimbulkan masalah dalam kerja-kerja mendalam dan membersihkan sungai terutamanya di daerah Tampin, telah mendapat respon daripada Dato’ VS Mogan (BN-Jeram Padang).


Menurut VS Mogan (BN-Jeram Padang), berdasarkan DID Manual 1973 setiap pemberi milikan tanah kerajaan yang berada di kawasan sungai akan mengambil kira keperluan rezab sungai sebelum kelulusan diberi. Manakala, bagi kawasan yang telah diberimilik, segala tujuan pembangunan rezab sungai akan ditolak sewaktu meluluskan pelan pembangunan (pre-comp plan).


“Pejabat Tanah juga akan mengambil tindakan mewartakan rezab sungai bagi kawasan-kawasan yang mana tanah tersebut telah dibuat pengambilan khusus untuk dijadikan sebagai rezab sungai,” jelasnya.


Menurut beliau juga, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Tampin telah mengemukan cadangan projek dalam RMK-10 bagi kerja-kerja menaik taraf sungai-sungai yang berisiko banjir. Komponen utama dalam projek tersebut ialah pengambilan balik tanah oleh kerajaan bagi dijadikan sebagai rezab untuk kerja-kerja menaik taraf ataupun penyelenggaraan sungai.


SUMBER: N9KINI