Showing posts with label JAKSA 10. Show all posts
Showing posts with label JAKSA 10. Show all posts

Masyarakat Orang Asli: They Need Us !

Oleh: Lokman Hakim Bin Kamarudin

http://econpolics.blogspot.com


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar agaknya kawan-kawan aku?

Agak lama aku tak meng"update" blog korang ini.

Walaupun "baru" 3minggu, padahal sebelum ni

sebulan lebih pun pernah geng.

Taknak banyak cakap,

Lepas ni aku nak buat assignment statistik pulak.

Kang kalau banyak cakap korang boring.

****************************************


Kali ni aku nak story sikit pasal program

Yang aku ngan member aku organized.

Korang tak nampak??

Kalau nak nampak, pergi click kat gambar ni.


Jalinan Kasih Dan Sambutan Aidilfitri

Bersama Masyarakat Orang Asli

(JAKSA 10)

Kg.Sawah Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.

****************************


Program ini dah nak dekat 2minggu habis,

tapi baru sekarang aku dapat update.

Kenapa aku cakap "mereka" perlukan kita?

sebab manusia memang memerlukan antara satu sama lain

Apa yang diorang nak dari kita??

Diorang tak nak korang hulur duit korang tu,

Diorang tak nak korang masuk kampung hulur beras sekampit dua.

Sebab?

Semua benda tu diorang mampu sangat2.

Sebab?

Dalam 3hari diorang mampu dapat RM1,000 (fakta).

So Bendalah apa yang diorang nak?

Diorang nak korang "basuh" anak-anak dia,

Nak korang hulur sokongan moral.

Moral dari segi macam mana???



Tau tak?

Antara bebudak kat dalam gambar ni kan,

Ada yang dah ada anak sorang dua.

Umur baru 16 17tahun.

Tau tak?

Kebanyakan bebudak kat atas ni

Tak bersekolah.

Ikut mak ayah pergi noreh getah.

So sekarang korang dah boleh fikir,

Bantuan apa yang patut kita hulurkan?

Memang sangat-sangat memerlukan kita,

Aku bukan nak kutuk ke apa ke,

Sebelum ni pernah aku join program yang lebih kurang sama,

Tapi kat perkampungan Melayu.

Seriesly,,!!

Jauh lebih baik Orang Asli ni.

Komitmen Memang,,,,Peerrhhh...aku cakap.

Teerrbaaeekk kawan.

Dari bebudak sampai la orang tua umur 40 50.

20Min sebelum aktiviti mula,

Da penuh dah dengan orang kampung.

Aku yang urussetia ni pulak malu,

Sebab peserta lambat macam siput.


*******************************


Sanggup ke korang just tengok bebudak ni

Masa depannya hanya di dapur??

Sanggup ke tengok masa depan bebudak ni

Hanya menjaga anak dikala umur masih belasan??

Pernah tak korang fikir sepatutnya diorang la

Yang mendapat layanan PALING istimewa.

Sebab mereka ASLI,

Penduduk ASLI tanah Malaysia ini.

Mesti korang cakap,

"alaa,,,yang paling penting kalau nak berubah,,adalah diri sendiri"

Ye memang betol,

Tapi siapa yang di belakang diorang?

Sama la jugak Guru & Murid,

Aku Guru, korang Murid,

Aku tugas didik korang je, Dah tu terpulang kat korang

Nak dengar cakap aku ke tak.

Diorang nakkan perubahan,

Tapi takda siapa yang menghulur tangan.

Kalau korang nak tau,

Ketua kampung @ Tok Batin sendiri tak boleh baca ABC,

Jadi kat situ dah timbul masalah,

Surat menyurat pun payah nak di buat.

(kampung sawah yang aku pergi ni la)

Dah tu pulak,

Kampung Sawah ni,

Style dia kalau nak lantik Tok Batin ni,

Ikut sistem monarki.

Aku bukan nak salahkan Tok Batin,

Tapi aku nak tunjuk kat korang,

Yang betapa diorang berharap kat kita semua.

Bukan pada ketua diorang.


*********************************


Aku tak mau bagi tahu camna nak dekati diorang,

Itu semua terpulang kat korang.

Kata orang kampung " pokok dek kau la jang".

Dimana ada restoran, di situ ada makanan,

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Mesti diorang fikir,

They Dont Care About Us,

So, korang semua,,,care ke??

Think About It.

JAKSA 10: jalinan kasih terindah


Pada 1-3 Oktober 2010 yang lepas, PERMANIS UM telah berjaya menganjurkan program JAKSA 10 - Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli, Kg Sawah, jelebu, Negeri Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan itu disertai oleh 40 orang mahasiswa yang pastinya masing-masing teruja untuk mengikuti program tersebut lebih-lebih lagi pertama kalinya ia diadakan di perkampungan orang asli.


JAKSA 10 turut mendapat kerjasama yang sanagat baik daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N Sembilan dan JKK Kampung Sawah. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang pastinya tidak mudah untuk dilupakan, kami peroleh sepanjang berkampung selama 3 hari 2 malam di perkampungan orang asli tersebut. Antara aktivitinya termasuklah pembahagian keluarga angkat, ramah mesra, ziarah dakwah, gotong royong, slot akademik, sukaneka, menyumpit, malam persembahan, jamuan hari raya, dan majlis perasmian penutup.


Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Penasihat PERMANIS iaitu Prof Dr Faisal Bin Hj Ali, turut dihadiri oleh wakil adun Simpang Pertang, dan Tok Batin Kg Sawah. Ia turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyioan lagu hari raya daripada penduduk kampung yang pastinya ia sesuatu yang sangat baru dan menarik bagi peserta yang baru pertama kalinya merasai suasana tersebut.


Selepas itu, jamuan hari raya PERMANIS bersama penduduk kampung sebagai penutup untuk JAKSA 10 pada kali ini. Pastinya JAKSA 10 meninggalkan 1001 kenangan terindah kepada para peserta dan penduduk kampung. Moga berjumpa lagi... ingat kami selalu... PERMANIS_Tetap Di Hati


















more picture, clik me (facebook)
video JAKSA, clik me (you tube)

JAKSA 10: info program


PERMANIS_JAKSA 10
Sila berkumpul pada

Tarikh: Jumaat (1 Okt 2010)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bus stop belakang perpustakaan utama
Pakaian:
Jumaat - sopan & casual (peserta), baju korporat (mt & exco)
Sabtu - siang, casual & sopan, malam, baju program (hijau), akan diberi later
Ahad - L - baju melayu lengkap, P - baju kurung

semoga program JAKSA dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita

JAKSA 10
Tema: Seerat Kasih, Serumpun Sayang
Lagu tema: Hijau ( Zainal Abidin)

akan datang : JAKSA 10



JAKSA 10: Jalinan Kasih & Sambutan Aidlifitri PERMANIS

Mohd Naim Bin Nazri

Pengarah Program


Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri

Di Perkampungan Orang Asli

1-3 Oktober 2010 :: Kampung Orang Asli Putra Jelebu

"Seerat Kasih Serumpun Sayang"


PENGENALAN


Jalinan Kasih Dan Sambutan Aidilfitri di Perkampungan Orang Asli 10’ (JAKSA’10) merupakan program pertama, dan julung-julung kali diadakan oleh PERMANIS yang sebelum ini tidak pernah dianjurkan oleh badan persatuan ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PERMANIS Universiti Malaya kepada masyarakat Orang Asli dan menyedari sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli serta melatih ahli-ahli PERMANIS mengendalikan sesebuah program.

Merujuk kepada program-program yang telah dianjurkan oleh PERMANIS, inilah kali pertama program yang melibatkan etnik asal negara kita ini lebih-lebih lagi program yang berbentuk kebajikan seperti ini. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan biro kenegaraan dan patriotik kami merancang untuk mengadakan program JAKSA’10 ini sebagai langkah untuk menanamkan semangat kenegaraan dan patriotik dalam setiap jiwa masyarakat Orang Asli. Program ini juga sebagai satu sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka.

Kesimpulannya diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak dan segala matlamat serta perancangan yang diatur akan terlaksana dengan jayanya, InsyaAllah.


OBJEKTIF


  • Sebagai menzahirkan harapan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam memperjuangkan kebajikan Orang Asli.
  • Memberi pendedahan akademik kepada anak-anak Orang Asli.
  • Sebagai satu sumbangan dalam membantu masyarakat Orang Asli untuk mengenali dunia luar.
  • Mengenal pasti sejauh mana kefahaman Orang Asli terhadap agama Islam.
  • Sebagai satu platform bagi mahasiswa dan mahasisiwi UM untuk mengambil peluang bagi mengendalikan suatu program dan memupuk semangat kerjasama.


JUSTIFIKASI


Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara mahasiswa PERMANIS UM dan masyarakat Orang Asli. Program ini turut diharap dapat membuka lembaran baru yang baik di antara PERMANIS dan semua ahli persatuan. Sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka. Memberi pendedahan betapa pentingnya pendidikan pada masa sekarang. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat perkampungan Orang Asli.


* program ini melibatkan 40 orang peserta - PERMANIS UM

anda yang terpilih akan di invite melalui mesej. harap maklum