Kenali N. Sembilan


Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan


* Selangor di utara;

* Pahang di timur;

* Johor di tenggara;

* Melaka di selatan; dan

* Selat Melaka di barat.


Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:


* Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)

* Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)

* Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.



Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson dan Nilai.

0 comments: