Memori Tercipta: AGM & Apresiasi PERMANIS 10/11




Pada 16 April 2011, PERMANIS UM telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Mesyuarat Agung Tahunan Shah Village Hotel, Petaling Jaya. Program tahunan itu buat julung kalinya dianjurkan di luar UM bertujuan meraikan ahli ahli PERMANIS ynag telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program PERMANIS sepanjang sesi 10/11. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk memilih kepimpinan baru yang akan datang iaitu untuk sesi 2011/2012.


Keseluruhan program berjalan dengan lancar, bermula daripada mesyuarat agung tahunan pada sebelah petang dan majlis apreasiasi pada sebelah malamnya. Majlis tersebut bertambah serinya dengan kehadiran julung kalinya mentor baru PERMANIS ke program pertamanya iaitu Prof Madya Dr Ishak Bin Haji Sulaiman berserta isteri, dan mantan penasihat PERMANIS sesi lepas iaitu Prof Dr Faisal Bin haji Ali.


Majlis pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan multimedia, nyanyian daripada mt dan exco, ucapan daripada mentor, cabutan bertuah, penyampaian anugerah, dan penyampian cenderamat penghargaan kepada barisan mt dan exco.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada PERMANIS 10/11, dan selamat datang PERMANIS 11/12. MOga generasi baru yang akan datang ini meneruskan lagi legasi kecemerlangan PERMANIS di pentasnya yang tersendiri. PERMANIS_Tetap Di Hati.



1 comments:

Maslinah said...

Salam. Dapatkan baju muslimah untuk mahasiswa universiti di kedai kami www.customadeshop.com Sesuai untuk ke kuliah dan aktiviti seharian. Cantik & menawan.

Terima kasih. Semoga blog anda semakin berkembang maju, insya Allah.