Sekretariat Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS)
Universiti Malaya
Tingkat 2 Blok F, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Akan Datang
NANTIKAN !!!
SESI KEPIMPINAN 2011/12
PELBAGAI PROGRAM MENARIK
MENANTI ANDA
Pengumuman
ingin menyumbang artikel ? mempunyai aduan @ cadangan ? kami mengalu-alukan anda untuk segera memaklumkan kepada kami melalui emel kamipermanisdhati@yahoo.com Terima kasih. Terus setia, ceria dan gembira bersama...PERMANIS: Tetap Di Hati
Kenali Kami
Persatuan Mahasiswa N. Sembilan UM atau lebih dikenali sebagai PERMANIS merupakan sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP & ALUMNI UM).
PERMANIS berjiwa besar dalam menganjurkan program-program berbentuk kebajikan dan menyumbang kepada pembangunan insaniah terutamanya bagi generasi muda Negeri Sembilan.
PERMANIS komited dalam usaha menjana mahasiswa yang berkepimpinan dan berfikiran jauh kehadapan mendepani isu-isu semasa melalui pelbagai program yang dirancang.
PERMANIS sebagai platform untuk melatih kemahiran berorganisasi dalam kalangan mahasiswa disamping penerapan gaya kerja dan hidup yang sihat.
PERMANIS juga sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim antara ahli yang secara tidak langsung mendidik sifat untuk kenal mengenali antara satu sama lain.
PERMANIS juga menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang menggalakkan mahasiswa agar sentiasa terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan berorientasikan kebajikan.
Bengkel Induksi Gunung Datuk, Rembau 29-30 Mei 2010
Kem Motivasi Cuti Sekolah Gunung Mas, Tampin 4-6 Jum 2010 Modul Kecemerlangan SPM Genius Syabab MRSM Gemencheh 25-27 Jun 2010
Minggu Promosi Persatuan Kompleks Perdanasiswa, UM 26-29 Julai 2010
Hari Interaksi (HATI '10) Hotel Mayangsari, P. Dickson 30 Julai - 1 Ogos 2010
Majlis Graduasi & Gerai FESKUM PERMANIS Dewan Tunku Canselor, UM 2-7 Ogos 2010
Program Motivasi S.K Kota School Trip To Varsiti (STRIVE '10) Sg. Congkak, Hulu Langat & Universiti Malaya 6-8 Ogos 2010
Majlis Berbuka Puasa PERMANIS Bersama Anak Yatim Masjid Jamek Port Dickson 28 Ogos 2010
Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri Di Perkampungan Orang Asli (JAKSA '10) Kampung orang Asli Putra Jelebu 24-26 September 2010 Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM '11) Felda Palong 8, Gemas 29 Jan - 2 Feb 2011
Intellectual & Personality Of Inspirational Student Motivation (IN-PRISM 11) Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan 4-6 Mac 2011
Program Kemahiran Asas Seni Reka Grafik (PROKAS 11) Dewan Perdana 2, KPS, UM 12 Mac 2011
Majlis Apresiasi & Mesyuarat Agung Tahunan Shah Village Hotel, Petaling Jaya 16 April 2011
Diari PERMANIS 09/10
Masyuarat Agung Tahunan (AGM) & Majlis Apresiasi Rumah Universiti, UM 8 April 2010 Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIMNAS 2010) Homestay Laman Bakinang Kg. Tapak, Batu Kikir 13-17 Februari 2010
Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan (SUKNES@U) Universiti Kebangsaan Malaysia 5-7 Februari 2010
Intellectual & Personality of Inspirational Student Motivation (IN-PRISM '10) Tapak Perkhemahan Kaki Gunung Datuk Rembau, N. Sembilan 15-17 Januari 2010
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Glory Beach Resort P.D 5 September 2009
Hari Interaksi : HATI 09 Hotel Mayangsari P.D 8-9 Ogos 2009
Minggu Promosi Persatuan Kompleks Perdanasiswa UM 28-31 Julai 2009
Bengkel Induksi 09/10 The Royal Bintang Hotel, Seremban N. Sembilan 13-14 Jun 2009
Rasulullah telah wafat ribuan tahun yang lalu, tetapi pengaruhnya tetap abadi hingga sekarang, tidak lapuk dimakan zaman dan tidak lekang dimakan usia. Rasulullah adalah contoh teladan pemimpin yang baik. Rasulullah saw. memimpin dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain. Rasulullah memimpin penglihatannya, tutur katanya, nafsunya, keinginannya, dan memimpin keluarganya dengan cara terbaik sehingga Beliau mampu memimpin umat dengan cara dan hasil yang terbaik pula.
Penyebab seorang pemimpin tersungkur menjadi hina karena banyak menginginkan kedudukan dan jabatan tetapi tidak mampu memimpin dirinya sendiri. Seorang pemimpin jatuh karena kesalahannya sendiri dan bukan karena orang lain.
Rasulullah memimpin dengan suri teladan yang baik karena tidak banyak menyuruh atau melarang tapi dengan menjadi contoh yang baik. Keteladanan sangat penting karena sehebat apa pun yang kita katakan tidak akan berharga kecuali kalau perbuatan kita seimbang dengan kata-kata. Rasulullah tidak menyuruh orang lain sebelum menyuruh dirinya sendiri. Rasulullah tidak melarang sebelum melarang dirinya. Kata dan perbuatannya amat serasi sehingga setiap kata-kata diyakini kebenarannya.
Kepemimpinan Rasulullah tidak hanya menggunakan akal dan fisik, tetapi Beliau memimpin dengan kalbunya karena hati tidak akan pernah bisa disentuh kecuali dengan hati. Rasulullah menabur cinta kepada sahabatnya sehingga setiap orang bisa merasakan tatapannya dengan penuh kasih sayang, tutur katanya yang rahmatan lil alaamiin, dan perilakunya yang amat menawan. Seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang bisa berkhidmat dengan tulus dan menafkahkan jiwa raganya untuk kemaslahatan umat. Ia berkorban dengan mudah dan ringan karena merasa itulah kehormatan menjadi pemimpin, bukan mengorbankan orang lain. Pemimpin budiman tidak berpikir apa yang akan dia dapatkan dari umat, tetapi apa yang bisa dia berikan kepada umat.
Hal penting yang bisa kita lakukan adalah memimpin diri sendiri. Jangan biarkan diri kita menjadi hina karena mata yang tidak terjaga atau karena tutur kata yang penuh kesombongan. Marilah kita tundukkan hati dan maknai hidup dengan berkhidmat kepada orang lain, karena sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya. Rasulullah Muhammad saw. Adalah pribadi yang agung, yang teladan-teladannya terus hidup dalam dada kita, kaum Muslimin hingga akhir zaman.
Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) telah berlangsung dengan jayanya pada 13-17 Februari 2010. Program mega 5 hari 4 malam yang disertai oleh 40 orang ini bertempat di Homestay Laman Bangkinang Kampung Tapak Batu Kikir Negeri Sembilan. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan, program yang bertemakan Masyarakat Di Hati Mahasiswa ini juga antara lainna turut menggariskan beberapa objektif lain, termasuklah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui kehidupan bermasyarakat di luar kampus disamping dpaat melatih kemahiran berkomunikasi dan interaksi sosial dalam pelbagai peringkat umur. Ikuti rakaman lensa pengembaraan dan catatan diari sepanjang berkampung di suasana desa Laman Bangkinang yang pastinya menggamit kenangan terindah.
sawah padi terbentang menghijau
kedatangan kami disambut dgn paluan gendang
Hari pertama
Sekitar 4 jam perjalanan daripada UM, akhirnya kami tiba jua di destinasi dituju, Laman Bangkinang yang terletak di Kuala Pilah, tetapi beralamatkan Batu Kikir. Ketibaan kami sekitar jam 1.30 petang disambut dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Pastinya, suasana desa yang nyaman, segar, dan cuaca yang cerah seolah-olah gembira menyambut kedatangan kami. Setelah selesai pembahagian keluarga angkat masing-masing, pada sebelah petangnya, mengoca ikan menanti kami.
Muhammad Zulramzie Ramli (Bob) - Pengarah Program
jln2 kat sungai menangkap ikan...
indahnya suasana desa
bermandi lumpur....mengoca ikan keli
Mengoca ikan merupakan aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan yang pastinya ia merupakan pengalaman baru kepada para peserta yang tidak pernah tahu pun apa itu mengoca ikan. Keheningan malam diserikan pula dengan tarian rinding. Kami para peserta diajar tarian rinding, iaitu salah satu tarian tradisional Negeri Sembilan.
Hari kedua
Suasana nyaman di pagi hari kedua diteruskan dengan program seterusnya iaitu community maping. Ia sebenarnya lebih kepada ziarah mesra para peserta OPKIM dengan penduduk kampung sekitar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diminta untuk menziarahi penduduk kampung bertanya khabar sambil mengajak mereka untuk menyertai program kami seperti forum perdana, dan kenduri sekampung.
memikat burung wak-wak
ziarah mesra masyarakat desa
jln2 berziarah mesra...
Pada sebelah petang pula, kami bersama-sama memasak penganan nasi. Seterusnya, setelah selasai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid yang berhampiran, kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu memikat burung wak-wak. Ia dilakukan di kawasan sawah padi, untuk memikat burung wak-wak pastinya ia memerlukan kemahiran daripada orang yang mahir, lebih-lebih lagi apabila dikatakan burung wak-wak ini begitu ‘istimewa’. Malam kedua di angin kampung Laman Bangkinang ini pastinya membuat kami terlena dengan nyenyak di rumah keluarga angkat masing-masing sebelum meneruskan aktiviti pada esok hari.
memasak penganan nasi
kacau jgn x kacau...
Hari ketiga
Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar seperti masjid dan kawasan semak membuka tirai pagi di hari ketiga. Pastinya hari ketiga dan keempat boleh dikatakan sebagai antara yang ditunggu-tunggu oleh peserta OPKIM pada kali ini.Setelah penat bergotong-royong, kami bersedia pula untuk yang seterusnya iaitu kenduri sekampung. Seekor lembu berjaya kami tumbangkan untuk menghasilkan beberapa juadah istimewa hasil bantuan dan kerjasama penduduk kampung yang turut memeriahkan lagi suasana.
poco2 memang terkenal kat mane2 tempat pun...
rajinnya...
hai... nama saya Aisyah...saya tgh rajin ni- membersihkan semak samun
bgus2, teruskan bekerja, nanti bole dpt bonus
meriahnya kenduri sekampung...
maka dgn itu, tamatlah riwayat beliau...
mari2...daging murah....
memasak kari n gulai daging, n umbut kelapa yg sedap n lazat...
main bola dgn budak2... huh...
wah...santainyer... menonton futsal scr live
no komen... :)
memancing botol, berjam baru dapat...
pakai bedak sejuk, di tgh hari yg x sejuk
bacaan Yaasin dan tahlil...
Pada sebelah malamnya pula, dengan tajuk Adat dan Syariat, Forum Sekampung pun memecahkan keheningan malam. Forum tersebut nyata jelas untuk memberikan kefahaman kepada seluruh yang hadir mengenai adat dan syariat, pengaplikasian, perbezaan dan pelbagai kupasan lain.
Forum Perdana: Adat dan Syariat
Hari keempat
Pagi hari keempat, dimeriahkan dengan sukan tradisional. Pelbagai jenis sukan tradisional dipertandingkan, termasuklah tarik upih, memancing botol, cari gula-gula, pukul bantal, dan panjat tiang. Pastinya, aktiviti seperti sukaneka tersebut mampu mengeratkan lagi ukhwah, menceriakan kembali suasana, dan lebih mengenali antara kami. Selesai bersukaneka, kami ke Jeram Tengkek. Air terjunnya yang nyaman dan sejuk, ditambah dengan landskap semulajadi yang sejuk mata memandang, maka tidak mustahillah, jeram tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.
bersama wartawan Sinar Harian...
tarian rinding
Sukaneka - pukul bantal...hoho
polo air... (kot)
berlatar belakang hutan n bukit2 menghijau, langi cerah membiru,
kawasan ni memang best...
Air Terjun Jeram Tengkek... best...
Petangnya pula diisi dengan latihan tarian sebelum bersiap sedia untuk aktiviti sebelah malam iaitu persembahan kebudayaan. Malam persebahan kebudayaan dimeriahkan dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Ia diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian seperti tarian randai, nyiru, dan rinding. Kami daripada peserta juga turut mempersembahkan tarian rinding. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata setelah seharian berprogram, malam terakhir OPKIM ‘10, pastinya kami tidak dapat melupakan dingin dan nyamannya malam di Laman Bangkinang.
Persembahan Kebudayaan... Tarian, randai, nyiru dan rinding
Hari terakhir
Dikhabarkan lebih kurang 2 minggu Laman Bangkinang berpanas matahari, pagi hari terakhir OPKIM kami, hujan rintik-rintik mula membasahi homestay yang terkenal dengan jeramnya....... Hari terakhir diteruskan dengan Program Motivasi yang melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Batu Kikir dan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Dapat berjumpa dengan adik-adik, berkongsi pengalaman serta memberikan mereka semangat untuk terus berjaya pastinya membuatkan kami para peserta berasa gembira dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka juga bersungguh-sungguh, dan gembira bersama-sama dengan kami. Penutup majlis sekitar jam 3 petang diserikan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Ketua Kampung, dan daripada Pengarah OPKIM sendiri, yang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung dan juga kepada para peserta.
adik2 kem motivasi...even mereka di kaw. kg. tp punya cita2 yg tinggi...
bermaaf-maafan... menjernihkan kembali yg keruh... :)
bertukar cenderahati dr kiri: Pengerusi JKKK (Ketua Kg.), YDP PERMANIS, Pengarah Program
sebahagian peserta kem motivasi
Gemuruh n Standing In The Eyes Of The World khas utk adik2... :)
Sejurus selepas itu, majlis perpisahan kami dengan keluarga angkat diiringidengan rintik hujan yang juga seolah-olah menzahirkan perasaan di hati para peserta. Pastinya, walau kita berpisah sementara, walau nyata jauh di mata, tetapi yang pasti, kita dekat di hati... Kenangan Terindah, OPKIM PERMANIS 2010, Dekat Di Hati....
Kenangan Terindah- OPKIM PERMANIS 2010: Dekat Di Hati...