OPKIM 2010: Homestay Laman Bangkinang- Simfoni Alam Sejuta Ilham

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) telah berlangsung dengan jayanya pada 13-17 Februari 2010. Program mega 5 hari 4 malam yang disertai oleh 40 orang ini bertempat di Homestay Laman Bangkinang Kampung Tapak Batu Kikir Negeri Sembilan. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan, program yang bertemakan Masyarakat Di Hati Mahasiswa ini juga antara lainna turut menggariskan beberapa objektif lain, termasuklah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui kehidupan bermasyarakat di luar kampus disamping dpaat melatih kemahiran berkomunikasi dan interaksi sosial dalam pelbagai peringkat umur. Ikuti rakaman lensa pengembaraan dan catatan diari sepanjang berkampung di suasana desa Laman Bangkinang yang pastinya menggamit kenangan terindah.


sawah padi terbentang menghijau

kedatangan kami disambut dgn paluan gendang

Hari pertama

Sekitar 4 jam perjalanan daripada UM, akhirnya kami tiba jua di destinasi dituju, Laman Bangkinang yang terletak di Kuala Pilah, tetapi beralamatkan Batu Kikir. Ketibaan kami sekitar jam 1.30 petang disambut dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Pastinya, suasana desa yang nyaman, segar, dan cuaca yang cerah seolah-olah gembira menyambut kedatangan kami. Setelah selesai pembahagian keluarga angkat masing-masing, pada sebelah petangnya, mengoca ikan menanti kami.

Muhammad Zulramzie Ramli (Bob) - Pengarah Program

jln2 kat sungai menangkap ikan...

indahnya suasana desa

bermandi lumpur....mengoca ikan keli

Mengoca ikan merupakan aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan yang pastinya ia merupakan pengalaman baru kepada para peserta yang tidak pernah tahu pun apa itu mengoca ikan. Keheningan malam diserikan pula dengan tarian rinding. Kami para peserta diajar tarian rinding, iaitu salah satu tarian tradisional Negeri Sembilan.


Hari kedua

Suasana nyaman di pagi hari kedua diteruskan dengan program seterusnya iaitu community maping. Ia sebenarnya lebih kepada ziarah mesra para peserta OPKIM dengan penduduk kampung sekitar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diminta untuk menziarahi penduduk kampung bertanya khabar sambil mengajak mereka untuk menyertai program kami seperti forum perdana, dan kenduri sekampung.

memikat burung wak-wak

ziarah mesra masyarakat desa

jln2 berziarah mesra...

Pada sebelah petang pula, kami bersama-sama memasak penganan nasi. Seterusnya, setelah selasai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid yang berhampiran, kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu memikat burung wak-wak. Ia dilakukan di kawasan sawah padi, untuk memikat burung wak-wak pastinya ia memerlukan kemahiran daripada orang yang mahir, lebih-lebih lagi apabila dikatakan burung wak-wak ini begitu ‘istimewa’. Malam kedua di angin kampung Laman Bangkinang ini pastinya membuat kami terlena dengan nyenyak di rumah keluarga angkat masing-masing sebelum meneruskan aktiviti pada esok hari.



memasak penganan nasi

kacau jgn x kacau...

Hari ketiga

Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar seperti masjid dan kawasan semak membuka tirai pagi di hari ketiga. Pastinya hari ketiga dan keempat boleh dikatakan sebagai antara yang ditunggu-tunggu oleh peserta OPKIM pada kali ini. Setelah penat bergotong-royong, kami bersedia pula untuk yang seterusnya iaitu kenduri sekampung. Seekor lembu berjaya kami tumbangkan untuk menghasilkan beberapa juadah istimewa hasil bantuan dan kerjasama penduduk kampung yang turut memeriahkan lagi suasana.

poco2 memang terkenal kat mane2 tempat pun...

rajinnya...

hai... nama saya Aisyah...saya tgh rajin ni- membersihkan semak samun

bgus2, teruskan bekerja, nanti bole dpt bonus

meriahnya kenduri sekampung...

maka dgn itu, tamatlah riwayat beliau...

mari2...daging murah....

memasak kari n gulai daging, n umbut kelapa yg sedap n lazat...

main bola dgn budak2... huh...

wah...santainyer... menonton futsal scr live

no komen... :)
memancing botol, berjam baru dapat...

pakai bedak sejuk, di tgh hari yg x sejuk

bacaan Yaasin dan tahlil...

Pada sebelah malamnya pula, dengan tajuk Adat dan Syariat, Forum Sekampung pun memecahkan keheningan malam. Forum tersebut nyata jelas untuk memberikan kefahaman kepada seluruh yang hadir mengenai adat dan syariat, pengaplikasian, perbezaan dan pelbagai kupasan lain.


Forum Perdana: Adat dan Syariat

Hari keempat

Pagi hari keempat, dimeriahkan dengan sukan tradisional. Pelbagai jenis sukan tradisional dipertandingkan, termasuklah tarik upih, memancing botol, cari gula-gula, pukul bantal, dan panjat tiang. Pastinya, aktiviti seperti sukaneka tersebut mampu mengeratkan lagi ukhwah, menceriakan kembali suasana, dan lebih mengenali antara kami. Selesai bersukaneka, kami ke Jeram Tengkek. Air terjunnya yang nyaman dan sejuk, ditambah dengan landskap semulajadi yang sejuk mata memandang, maka tidak mustahillah, jeram tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.

bersama wartawan Sinar Harian...

tarian rinding

Sukaneka - pukul bantal...hoho

polo air... (kot)

berlatar belakang hutan n bukit2 menghijau, langi cerah membiru,
kawasan ni memang best...

Air Terjun Jeram Tengkek... best...


Petangnya pula diisi dengan latihan tarian sebelum bersiap sedia untuk aktiviti sebelah malam iaitu persembahan kebudayaan. Malam persebahan kebudayaan dimeriahkan dengan paluan alat muzik tradisional daripada penduduk kampung. Ia diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian seperti tarian randai, nyiru, dan rinding. Kami daripada peserta juga turut mempersembahkan tarian rinding. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata setelah seharian berprogram, malam terakhir OPKIM ‘10, pastinya kami tidak dapat melupakan dingin dan nyamannya malam di Laman Bangkinang.



Persembahan Kebudayaan... Tarian, randai, nyiru dan rinding


Hari terakhir

Dikhabarkan lebih kurang 2 minggu Laman Bangkinang berpanas matahari, pagi hari terakhir OPKIM kami, hujan rintik-rintik mula membasahi homestay yang terkenal dengan jeramnya....... Hari terakhir diteruskan dengan Program Motivasi yang melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Batu Kikir dan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Dapat berjumpa dengan adik-adik, berkongsi pengalaman serta memberikan mereka semangat untuk terus berjaya pastinya membuatkan kami para peserta berasa gembira dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila melihat mereka juga bersungguh-sungguh, dan gembira bersama-sama dengan kami. Penutup majlis sekitar jam 3 petang diserikan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Ketua Kampung, dan daripada Pengarah OPKIM sendiri, yang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung dan juga kepada para peserta.

adik2 kem motivasi...even mereka di kaw. kg.
tp punya cita2 yg tinggi...

bermaaf-maafan... menjernihkan kembali yg keruh... :)

bertukar cenderahati
dr kiri: Pengerusi JKKK (Ketua Kg.), YDP PERMANIS, Pengarah Program

sebahagian peserta kem motivasi

Gemuruh n Standing In The Eyes Of The World khas utk adik2... :)

Sejurus selepas itu, majlis perpisahan kami dengan keluarga angkat diiringi dengan rintik hujan yang juga seolah-olah menzahirkan perasaan di hati para peserta. Pastinya, walau kita berpisah sementara, walau nyata jauh di mata, tetapi yang pasti, kita dekat di hati... Kenangan Terindah, OPKIM PERMANIS 2010, Dekat Di Hati....

Kenangan Terindah- OPKIM PERMANIS 2010: Dekat Di Hati...


0 comments: