Mohd Naim Bin Nazri
Pengarah Program
Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri
Di Perkampungan Orang Asli
1-3 Oktober 2010 :: Kampung Orang Asli Putra Jelebu
"Seerat Kasih Serumpun Sayang"
PENGENALAN
Jalinan Kasih Dan Sambutan Aidilfitri di Perkampungan Orang Asli 10’ (JAKSA’10) merupakan program pertama, dan julung-julung kali diadakan oleh PERMANIS yang sebelum ini tidak pernah dianjurkan oleh badan persatuan ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PERMANIS Universiti Malaya kepada masyarakat Orang Asli dan menyedari sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli serta melatih ahli-ahli PERMANIS mengendalikan sesebuah program.
Merujuk kepada program-program yang telah dianjurkan oleh PERMANIS, inilah kali pertama program yang melibatkan etnik asal negara kita ini lebih-lebih lagi program yang berbentuk kebajikan seperti ini. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan biro kenegaraan dan patriotik kami merancang untuk mengadakan program JAKSA’10 ini sebagai langkah untuk menanamkan semangat kenegaraan dan patriotik dalam setiap jiwa masyarakat Orang Asli. Program ini juga sebagai satu sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka.
Kesimpulannya diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak dan segala matlamat serta perancangan yang diatur akan terlaksana dengan jayanya, InsyaAllah.
OBJEKTIF
- Sebagai menzahirkan harapan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam memperjuangkan kebajikan Orang Asli.
- Memberi pendedahan akademik kepada anak-anak Orang Asli.
- Sebagai satu sumbangan dalam membantu masyarakat Orang Asli untuk mengenali dunia luar.
- Mengenal pasti sejauh mana kefahaman Orang Asli terhadap agama Islam.
- Sebagai satu platform bagi mahasiswa dan mahasisiwi UM untuk mengambil peluang bagi mengendalikan suatu program dan memupuk semangat kerjasama.
JUSTIFIKASI
Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara mahasiswa PERMANIS UM dan masyarakat Orang Asli. Program ini turut diharap dapat membuka lembaran baru yang baik di antara PERMANIS dan semua ahli persatuan. Sumbangan mahasiswa dan mahasisiwi di dalam membantu golongan etnik ini mengenali dan mendekati masyarakat luar selain dari etnik mereka. Memberi pendedahan betapa pentingnya pendidikan pada masa sekarang. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat perkampungan Orang Asli.
* program ini melibatkan 40 orang peserta - PERMANIS UM
anda yang terpilih akan di invite melalui mesej. harap maklum
0 comments:
Post a Comment