UM Jangan Mudah Melatah Dengan THES-QS



Tinta YDP PERMANIS UM

http://quransaintifik.blogspot.com


Saya ingin mengucapkan tahniah diatas kesungguhan dan kerja kuat yang telah dilakukan oleh seluruh pentadbiran Universiti Malaya(UM) dalam memastikan UM terus cemerlang dalam menerajui university terbaik dan hebat dikalangan university-universiti dalam Malaysia baru-baru ini.Syabas Profesor Gauth Jasmon,Naib Canselor UM.


Namun lain pulak yang terjadi apabila Times Higher Education-Quacquarrelli Symond (THES-QS) mengumumkan penarafan baru-baru ini dengan meletakkan UM pada kedudukan 207,UKM (263),USM (309),UPM (319) dan UTM (365).Semuanya telah terkeluar daripada senarai 200 terbaik.Kenyataan ini telah membuatkan seluruh warga UM terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan status kedudukan UM dikalangan seluruh university terbaik dunia teruk dan membimbangkan semua pihak.Selaku mahasiswa UM yang berada di tahun akhir,sudah pasti kejatuhan UM ini begitu dirasai kerana memandangkan dan terasa seolah-olah tahap kualiti dan kemasyhuran UM di mata dunia kini semakin terhakis dan lama kelamaan menjadi surut.


Berbalik kepada sejarah dahulu,sudah pasti kita dapat melihat UM begitu gah dalam merebut takhta dan kemasyhuran untuk memperolehi university terbaik dikalangan Negara-negara Asia dan jauh lebih besar dari itu dunia.Pada tahun 2004 ,2005 dan 2006 sewaktu saya tidak lagi menjejak kaki di UM,UM pernah menduduki tangga 89 , 162, dan 192 yang mana kedudukan UM senantiasa bermain dibawah aras 200.Meninjau sejarah terdahulu dibawah pentadbiran Dr. Hashim Yaacob iaitu Naib Canselor UM,UM dilihat dunia sebagai sebuah university terhebat dalam Asia dan juga dimata dunia apabila buat pertama kali UM ditempatkan khas dalam kedudukan yang ke-89.Sejurus saat UM diiktiraf oleh THES-QS pada masa itu,nama UM semakin menetap dibibir dikalangan mahasiswa seluruh dunia yang ingin meneruskan pengajian mereka diperingkat ijazah dasar dan juga ijazah tinggi berlumba-lumba untuk menempatkan diri sebagai pelajar UM.


Namun itu semua adalah kenangan dimasa lepas,kebarangkalian untuk terjadi semula mungkin ada dan mungkin tidak akan berlaku untuk UM.Di Malaysia,UM dilihat sebagai sebuah university yang cukup berprestij yang cemerlang dan gemilang dengan kajian dan penyelidikan (RnD) yang sentiasa dipamerkan dalam pameran-pameran nasional dan antarabangsa setiap kali wujud penganjurannya.Tahap mutu dan kualiti pembelajaran dan pengajian (PnP) oleh para pensyarah kepada pelajar sentiasa dititikberatkan malah sentiasa ditingkat untuk memastikan tahap mahasiswa yang dikeluarkan sendiri oleh UM adalah yang berkualiti dan terbaik disemua peringkat nasional mahupun antarabangsa.Syabas UM!!!


UM masih boleh dibanggakan lagi apabila pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh Dr.Hashim Yacob selaku Penasihat Penarafan Universiti QS.Disamping kelegaan sedikit dapat dilepaskan buat Prof.Gauth Jasmon,Naib Canselor UM apabila Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin telah menyatakan :


“Kita tidak perlulah menjadi obsesif mengenai penarafan dunia.Turun naik penarafan adalah perkara biasa.Kementerian mempunyai rancangan strateginya sendiri yang ditandaaraskan mengikut amalan terbaik dunia.Kita tidak boleh dibandingkan dengan university lain yang syarat dan persekitarannya nyata berlainan daripada kita”


UM jangan terlalu mudah melatah dan kita perlu sedar bahawa criteria yang digunapakai oleh THES-QS itu dibuat oleh Negara barat yang tidak langsung memandang dan menjeling bahkan mengambil kira Negara membangun dan tidak membangun.Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,namun sejauh mana kemampuan Malaysia untuk membangun bukan sekadar membangun untuk mendapatkan tempat dalam kedudukan university terbaik dunia yang dibuat oleh THES-QS malah pembangunan sumber modal insane dan jauh lagi dari itu yang barangkali mampu mencetuskan situasi “win-win”kepada kerajaan dan juga rakyat sendiri.


Kriteria yang dimaksudkan ialah :

1.Penilaian daripada rakan sejawatan iaitu sebanyak 40 %.

2.Penilaian majikan sebanyak 10 %.

3.Bilangan pensyarah dari luar Negara sebanyak 5 %.

4.Bilangan pelajar dari luar Negara sebanyak 5 %.

5.Nisbah pensyarah kepada pelajar sebanyak 20 %.

6.Rujukan Penerbitan sebanyak 20 %.


Inilah kriteria yang mungkin saya boleh tunjukkan kepada warga UM semua,namun saya yakin anda semua mampu menganalisis dan mengkaji adakah anda selaku pelajar UM,selaku kakitangan UM telah menyumbang kearah kejayaan UM untuk mendapatkan tempat dalam status university terbaik dunia.Jika ya,syabas dan tahniah ,jika tidak,sesuatu perlu difikirkan oleh anda sendiri.


Walaubagaimanapun,kita harus sedar dalam usaha untuk menempatkan UM dikalangan universiti terbaik dalam Malaysia,Asia dan dunia bahawa kita juga mempunyai satu tanggungjawab yang cukup besar yang perlu digalas iaitu tanggungjawab untuk melahirkan,membentuk dan membina modal insane (mahasiswa) yang bukan saja cemerlang dalam mengumpul Gred Kumulatif (PNGK) dalam setiap semester,bahkan UM juga perlu membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan dunia bahawa UM merupakan sebuah universiti yang melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang lengkap lagi sempurna sepertimana yang disarankan oleh agama Islam sendiri.


Sekian…UM,Producing Leadership Since 1905..

0 comments: