Bengkel Photoshop PERMANIS: PROKAS 11








PENGENALAN

Program Kemahiran Asas Seni Reka Grafik
(PROKAS) merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS) sesi 2010/2011. Melihat kepada faktor kurangnya pelapis-pelapis dan bakat-bakat baru dalam bidang seni reka grafik dan tanyangan multimedia, khususnya di dalam PERMANIS sendiri dan masyarakat kampus amnya, maka kami, PERMANIS, mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel seni reka grafik yang bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang celik dan mahir menggunakan perisian-perisian seni reka grafik.

Mahasiswa minda kelas pertama pada hari ini dilihat bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata, tetapi kemahiran soft skill seperti celik IT dan mahir menggunakan perisian-perisian seni reka grafik juga dilihat sebagai pelengkap kepada seseorang mahasiswa itu, secara tidak langsung kreativiti seseorang mahasiswa itu mampu berkembang dalam pelbagai lapangan bidang.


OBKEKTIF


1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan asas mengenai seni reka grafik kepada para peserta.

2. Melahirkan mahasiswa yang mahir dan mempunyai kepelbagaian bidang kepakaran dalam bahagian seni reka grafik.

3. Melahirkan mahasiswa yang kreatif dalam medium penyebaran maklumat terutamanya bahagian publisiti dan informasi.

4. Mengembangkan kreativiti mahasiswa dalam pelbagai lapangan bidang.

TENTATIF

TARIKH : 12 Mac 2011 (Sabtu)
TEMPAT : Dewan Perdana 2, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
8.15 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Sarapan
9.00 pagi : Bengkel Adobe Photoshop
10.30 pagi : Rehat
10.40 pagi : Bengkel Adobe Photoshop (sambungan)
12.00 tengah hari : Rehat & Makan tengahari
12.30 tengahari : Bengkel Cyberlink Power Director
2.00 petang : Bersurai

PENYERTAAN

warga UM sahaja, untuk penyertaan, sila rujuk poster, clik pada poster untuk saiz besar, penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja, yuran penyertaan hanya RM 5.00, bukan ahli PERMANIS dialu-alukan tetapi ahli PERMANIS berdaftar terutamanya tahun pertama diutamakan.

untuk pendaftaran sila hubungi Amiza: 013-2728164 (nombor yang tertera pada poster sudah tidak digunakan, harap maklum)

0 comments: