IN PRISM 2011: Pengenalan


4-6 MAC 2011

GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

IN-PRISM ini dianjurkan khusus oleh JKP Akademik dan Keintelektualan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya buat pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah terpilih sekitar Negeri Sembilan.


Tentatif selama 3 hari 2 malam ini disusun berdasarkan objektif memberi motivasi bercorak kepimpinan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian diri serta sahsiah dan peribadi melalui aktiviti kem yang mencabar dari segenap aspek fizikal dan mental, perbincangan dalam kumpulan serta permainan bermodul.


Sasaran utama adalah peserta dari kalangan pelajar sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan memandangkan hanya keperibadian dan keintellektualan yang seimbang mampu menjana seorang pelajar yang berwawasan dan bermatlamat yang jitu. Jesteru itu peserta akan didedahkan mengenai keperibadian yang tinggi serta akan dibimbing bagaimana memupuk semangat keyakinan diri yang tinggi agar dapat menongkah arus globalisasi yang sering kali dikaitkan dengan halangan dan cabaran secara menyeluruh.


Selain itu, peserta berpeluang mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar disamping berkenal dengan barisan fasilitator serta mengambil sebanyak mana pengalaman dan pengajaran daripada mereka. Hal ini dilihat mampu memberi kesan yang positif dengan dalam usaha menghasilkan kemajuan akademik yang membanggakan pihak sekolah, khususnya.

Akhir sekali, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli PERMANIS berdaftar untuk menyumbang tenaga dan melatih sifat kepimpinan secara tidak langsung di kalangan urusetia.

0 comments: