PROKAS 11: Menyelusuri Dunia Seni Grafik



Program Kemahiran Asas Seni Reka Grafik (PROKAS 11) merupakan program perdana anjuran Ecxo Publisiti & Penerbitan, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) sesi 2010/2011. Melihat kepada faktor kurangnya pelapis-pelapis dan bakat-bakat baru dalam bidang seni reka grafik dan tanyangan multimedia, khususnya di dalam PERMANIS sendiri dan masyarakat kampus amnya, maka kami, PERMANIS, mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel seni reka grafik yang bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang celik dan mahir menggunakan perisian-perisian seni reka grafik.



Mahasiswa minda kelas pertama pada hari ini dilihat bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata, tetapi kemahiran soft skill seperti celik IT dan mahir menggunakan perisian-perisian seni reka grafik juga dilihat sebagai pelengkap kepada seseorang mahasiswa itu, secara tidak langsung kreativiti seseorang mahasiswa itu mampu berkembang dalam pelbagai lapangan bidang.


Pengarah Program: Mohammad Izzat Bin Ibrahim


Antara objektif penganjuran PROKAS 11 ialah:


1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan asas mengenai seni reka grafik kepada para peserta.

2. Melahirkan mahasiswa yang mahir dan mempunyai kepelbagaian bidang kepakaran dalam bahagian seni reka grafik.



3. Melahirkan mahasiswa yang kreatif dalam medium penyebaran maklumat terutamanya bahagian publisiti dan informasi.

4. Mengembangkan kreativiti mahasiswa dalam pelbagai lapangan bidang.



Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan



PROKAS 11 ''Menyelusuri Dunia Seni Grafik Tanpa Sempadan'''

semoga berjumpa lagi

PERMANIS UM: Tetap Di Hati...


IN PRISM 11 - Melonjak Paradigma Diri



Pada 4-6 Mac yang lalu, PERMANIS UM telah menganjurkan satu lagi program tahunannya iaitu Intellectual & Personality Of Inspirational Student Motivation, atau lebih dikenali sebagai IN-PRISM 11. Bertemakan motivasi diri, melonjak paradigma diri, IN PRISM 11 telah dijalankan di Gunung Datuk, Rembau dan pada kali ini, para pesertanya terdiri daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.



IN-PRISM PERMANIS @ Sinar Harian

Menurut Pengarahnya, Mohamad Faiz Bin Md Isa, Intelllectual & Personality Of Inspirational Student Motivation disusun berdasarkan objektif untuk memberi motivasi bercorak kepimpinan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian diri serta sahsiah dan peribadi melalui aktiviti kem yang mencabar dari segenap aspek fizikal dan mental, perbincangan dalam kumpulan serta permainan bermodul.



Memandangkan keperibadian dan intellektual yang seimbang mampu menjana seorang pelajar yang berwawasan dan bermatlamat yang jitu. Jesteru, peserta akan didedahkan mengenai keperibadian yang tinggi serta akan dibimbing bagaimana memupuk semangat keyakinan diri yang tinggi agar dapat menongkah arus globalisasi yang sering kali dikaitkan dengan halangan dan cabaran.


Selain itu, peserta berpeluang mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar di samping berkenalan dengan barisan fasilitator serta mengambil sebanyak mana pengalaman dan pengajaran daripada mereka. Hal ini dilihat mampu memberi kesan yang positif dalam usaha menghasilkan kemajuan akademik yang cemerlang.


Secara tidak langsung, program ini juga dapat memberi peluang kepada ahli PERMANIS untuk menyumbang tenaga dan melatih sifat kepimpinan dan kemahiran berorganisasi.



IN-PRISM 11

Dalam Kenangan



ALBUM GAMBAR, by Haryanti