Kursus Kemahiran Pengurusan Organisasi Badan Pelajar Berdaftar UM


Pada 10-12 April 2011, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (HEP), telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pengurusan Organisasi Badan Pelajar Berdaftar bertempat di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kursus tersebut disertai oleh 14 persatuan berdaftar yang lain. Wakil daripada PERMANIS terdiri daripada, Abdul Rahman Siham, Mohd Hasyim Bin Harun, Anie Khuzaimah Abdullah Sani dan Munirah Hashim.

Pelbagai program dan kursus kemahiran yang telah disediakan khas untuk para peserta demi memastikan setiap persatuan memperoleh maklumat dan ilmu yang lengkap untuk mengendalikan persatuan sekali gus dapat menjalankan aktiviti dengan lancar dan berkesan.

Antara kursus yang dijalankan termasuklah Pengurusan Minit Mesyuarat, Pengurusan Kewangan, Membina dan Memupuk Budaya Kesukarelawan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Leadership and Value, kursus tersebut juga bertambah menarik dengan adanya aktiviti seperti Jungle Tracking, dan Slot Bersama TNC HEP.

Secara keseluruhannya, kursus sebegini amat berguna demi memastikan kelancaran perjalanan persatuan untuk menjalankan program. Semoga kursus seperti ini akan dianjurkan lagi, dan disertai oleh lebih ramai lagi persatuan lain. PERMANIS_Tetap Di Hati

0 comments: