Majlis Apresiasi & AGM PERMANIS 09/10


2 generasi
sekalung penghargaan dan terima kasih kepada PERMANIS 09/10,
tahniah dan selamat datang kepada PERMANIS 10/11

Pada 8 April 2010 yang lepas, Alhamdulillah... PERMANIS telah menganjurkan Majlis Apresiasi PERMANIS 09/10 bertempat di Rumah Universiti UM. Majlis yang bermula pada jam 8.20 malam tersebut turut dihadiri oleh Prof Dr Mohd Faisal Bin Hj Ali, merangkap penasihat PERMANIS. Majlis yang dihadiri oleh 80 orang warga PERMANIS diadakan khas bagi meraikan dan juga sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli2 PERMANIS yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program2 PERMANIS sepanjang sesi 09/10.




Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu UM dan alunan nasyid Asmaul Husna, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah, iaitu Rabiatul Adawiah (K.Awi), dan seterusnya ucapan daripada Prof. Faisal yang di dalam ucapannya banyak memberikan kata-kata semangat kepada PERMANIS. Turut menyerikan majlis ialah persembahan multimedia, tayangan gambar2 sepanjang program2 PERMANIS.



Seterusnya, sejurus selepas Majlis Apresiasi, berlangsungnya agenda utama pada malam tersebut iaitu, Mesuarat Agung Tahunan PERMANIS 09/10 (AGM) yang bermula paa jam 10 malam dan tamat pada jam 11.30, yang bertempat di Bilik Wawasan, Rumah Universiti. AGM dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis dan diteruskan dengan pembentangan laporan program daripada setiausaha dan pembentangan laporan belanjawan daripada timbalan bendahari. Diakhirnya, seperti biasa, merupakan ucapan penutup PERMANIS 09/10 daripada Saudara YDP - Mohd Zaid.




Seterusnya ialah sesi perletakan jawatan organisasi PERMANIS 09/10, yang mana menyaksikan majlis perlantikan PERMANIS 10/11 sebagai agenda terakhir pada malam tersebut. Ucapan tahniah dan terima kasih buat pimpinan yang lepas, dan yang akan datang, moga2 PERMANIS akan terus sukses dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa yang sentiasa bergiat aktif dalam program2 yang mampu memberikan manfaat kepada semua masyarakat.


PERMANIS sesi 10/11

0 comments: