Genius Syabab @ MRSM Gemencheh


Pada 26-27 Jun 2010 yang lepas, PERMANIS dengan kerjasama Akademi Sukses Consultant & Training telah menganjurkan program Genius Syabab khusus buat para pelajar SPM MRSM Gemencheh Negeri Sembilan.Ternyata, pertama kali menganjurkan program di MRSM yang baru beroperasi 3 tahun itu, mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah mahupun sejumlah 127 pelajar yang bakal menduduki SPM 2010. Program tersebut walaupun hanya mengambil masa satu hari satu malam, tetapi respon, gelagat dan semangat adik-adik MRSM tersebut membuatkan kami teruja untuk berkongsi lebih banyak pengalaman dan cerita menarik alam university, sebagai pendorong kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM yang akan datang.



Antara program pengisian yang dapat dijalankan ialah Slot Arah Tuju Selepas SPM, Slot Genius Syabab, Sesi Muhasabah, Qiamulail, LDK, dan Riadah Pagi. Moga-moga dengan pertemuan singkat tersbeut mampu menyuntik semangat mereka untuk terus mencapai kejayaan yang diidamkan. Insyallah, moga berjumpa lagi. MRSM 2010: Road To Success





gemuruh jiwa... semangat membara

0 comments: