HARI INTERAKSI PERMANIS : HATI '10


Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara ahli baru dengan barisan kepimpinan PERMANIS sesi 2010/2011. Melalui program ini juga PERMANIS turut mengambil kesempatan untuk mempromosi aktiviti-aktiviti dan program mega yang yang akan diadakan oleh PERMANIS pada sesi kali ini. Program ini turut diharap dapat membuka lembaran baru yang baik di antara PERMANIS dan semua ahli persatuan.

PENGENALAN

Hari Interaksi PERMANIS 2010 (HATI ’10) merupakan program tahunan anjuran PERMANIS. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PERMANIS, mendedahkan program-program tahunan PERMANIS UM kepada ahli-ahli baru, merapatkan hubungan sillaturrahim di kalangan ahli-ahli baru dan lama serta melatih ahli-ahli PERMANIS mengendalikan sesebuah program.

Mahasiswa Cemerlang PERMANIS Terbilang telah dipilih sebagai tema bagi program Hari Interaksi PERMANIS (HATI ’10) pada kali ini bagi menggambarkan misi yang ingin dibawa oleh PERMANIS pada sesi ini iaitu kunci kejayaan sesebuah badan atau organisasi terletak pada komitmen dan konsistensi ahli organisasi yang menjadi nadi penggerak untuk mencipta kejayaan dan kegemilangan.

Kesimpulannya diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak dan segala matlamat serta perancangan yang diatur akan terlaksana dengan jayanya, InsyaAllah.


0 comments: