JAKSA 10: jalinan kasih terindah


Pada 1-3 Oktober 2010 yang lepas, PERMANIS UM telah berjaya menganjurkan program JAKSA 10 - Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli, Kg Sawah, jelebu, Negeri Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan itu disertai oleh 40 orang mahasiswa yang pastinya masing-masing teruja untuk mengikuti program tersebut lebih-lebih lagi pertama kalinya ia diadakan di perkampungan orang asli.


JAKSA 10 turut mendapat kerjasama yang sanagat baik daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N Sembilan dan JKK Kampung Sawah. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang pastinya tidak mudah untuk dilupakan, kami peroleh sepanjang berkampung selama 3 hari 2 malam di perkampungan orang asli tersebut. Antara aktivitinya termasuklah pembahagian keluarga angkat, ramah mesra, ziarah dakwah, gotong royong, slot akademik, sukaneka, menyumpit, malam persembahan, jamuan hari raya, dan majlis perasmian penutup.


Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Penasihat PERMANIS iaitu Prof Dr Faisal Bin Hj Ali, turut dihadiri oleh wakil adun Simpang Pertang, dan Tok Batin Kg Sawah. Ia turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyioan lagu hari raya daripada penduduk kampung yang pastinya ia sesuatu yang sangat baru dan menarik bagi peserta yang baru pertama kalinya merasai suasana tersebut.


Selepas itu, jamuan hari raya PERMANIS bersama penduduk kampung sebagai penutup untuk JAKSA 10 pada kali ini. Pastinya JAKSA 10 meninggalkan 1001 kenangan terindah kepada para peserta dan penduduk kampung. Moga berjumpa lagi... ingat kami selalu... PERMANIS_Tetap Di Hati


















more picture, clik me (facebook)
video JAKSA, clik me (you tube)

0 comments: