Pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431, PERMANIS telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa PERMANIS Bersama Anak Yatim (IFTAR 10). Bertemakan Menyemai Ukhwah Menuai Kasih, program ini berlangsung di Masjid Jamek Dato Abdullah Sijang Port Dickson Negeri Sembilan. Program tersebut disertai oleh 74 orang warga PERMANIS dan 22 orang adik-adik daripada Yayasan Anak Yatim Islam Port Dickson.
IFTAR 10 pada kali ini menampilkan kelainan apabila turut diselitkan juga dengan program mesra bersama adik-adik, seperti sesi suai kenal, penyerahan cenderahati, slot bersama YDP, tayangan multimedia, dan forum perdana daripada YDP PERMANIS, dan YDP PMIUM yang membincangkan tajuk Gejala Sosial: Apa Peranan Masyarakat Melayu Islam ? Program berakhir selepas solat tarawikh dan diakhiri dengans esi bergambar sebagai kenang-kenangan. Moga-moga ukhwah dan jalinan kasih terus berkekalan. PERMANIS_Tetap Di Hati
Aktiviti LDK

Mesra bersama adik-adik

cenderahati + duit raya

Pengarah Program

Slot bersama YDP :KAWAN

Penyerahan cenderahati untuk anak-anak yatim

Forum perdana bersama
YDP PERMANIS & YDP PMIUM

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa
more picture... clik me (access to facebook)
0 comments:
Post a Comment