(artikel ini tersiar di Majalah Milenia Muslim)
Oleh : Mohd Sabri Bin Jamaludin
YDP PERMANIS UM
http://quransaintifik.blogspot.com
Memberi dan menerima merupakan ungkapan sinonim dalam masyarakat urbanisasi kita pada hari ini. Secara keseluruhannya dalam konteks pendidikan hari ini dengan secara tidak langsung,mekanisme “give and take” ini seringkali berlaku dalam urusan seharian kita.Apatahlagi dalam dunia yang serba canggih dihiasi dengan kemewahan teknologi yang sepenuhnya menggunakan pengaplikasian gelombang sebagai medium perantaraan dari satu bahagian ke bahagian yang lain,mustahil mekanisme ini diketepikan dan dipandang sepi.
Kecenderungan masyarakat untuk mengetahui sesuatu isu atau sumber maklumat dalam kehidupan seharian mereka adalah sangat tinggi dan mengujakan.Lihat sajalah,kebanjiran peralatan elektronik dari serendah-rendah harga sehinggalah setinggi harga dipasaran semasa,dalam erti kata semua lapisan golongan masyarakat mampu membeli dan memiliki dengan pemilikan jenis peribadi.Kini,saluran maklumat tidak menjadi satu “barriers” kepada masyarakat malah mudah didapati dimana-mana sahaja.Barangkali yang lebih utamanya seperti televisyen,computer peribadi dan radio.
Bermula dengan perkataan media,perbincangan lebih tertumpu kepada jaringan media elektronik seperti televisyen dan radio khususnya.Ini adalah dua modul atau bentuk peralatan elektronik yang menjadi kegilaan masyarakat kita pada hari ini.Ironinya,keperluan masyarakat untuk memiliki peralatan ini adalah untuk memenuhi naluri kemanusiaan mereka iaitu untuk berhibur dan berpengetahuan.
Media di Malaysia sudah lama menapak dan menelan masa yang agak begitu lama berdiri dalam industry media di Malaysia.Lihat sajalah,jenis dan bentuk genre drama,slot akasia,aktiviti dan jenis permainan yang dipaparkan dikaca televisyen mahupun suara-suara di corong radio,semuanya bersifatkan hiburan dan telah menarik minat para penonton iaitu masyarakat untuk menontonya sehingga diakhir siaran.
Apa yang membimbangkan adalah pengisian dan kualiti mutu tayangan.Saya tidak berhajat untuk menyentuh persoalan undang-undang mahupun hukum kanun yang sedikit sebanyak menyentuh aspek media ini,tetapi persoalan yang lebih besar yang perlu difikirkan oleh pengamal media adalah impak dan kesan filem yang dipertontonkan kepada orang awam samada membangun jati diri mereka atau meruntuh ?
Filem Malaysia yang difilemkan seakan-akan ala kebaratan adalah tidak sesuai dan wajar dipertotonkan kepada khayalak ramai.”Key Performance Indicator” (KPI) tahap kelayakan untuk melepasi syarat lepas ditayang harus diperketatkan kerana ia amat penting.Filem melayu yang berunsurkan modenisasi adalah tidak sesuai sama sekali untuk memaparkan unsur kekayaan dan kemewahan itu dengan kelazatan dalam pergaulan bebas dan zina.
Banyak filem melayu dilihat begitu,kerana apa adalah mentality dan tahap kepercayaan yang kuat oleh pengamal media di Malaysia kepada masyarakat adalah cukup tinggi.Cuba kita bayangkan,seketika aksi pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan ditayangkan dalam satu drama,pada masa yang sama remaja yang berusia sekitar belasan tahun turut sama menonton,barangkali apakah mungkinreaksi mereka terhadap babak tersebut?adakah mereka hanya mendiamkan diri,seakan-akan tidak tahu atau aggresif bertanya kepada kita berkenaan babak itu.
Pada masa yang sama,aksi dan bentuk pemakaian yang keterlaluan dipakai oleh pelakon dalam aksi drama pada tiap-tiap babak yang ditayangkan.Masakan tidak,wujud bentuk badan artis yang seksi khususnya artis wanita dan sehinggakan Nampak bahagian badan yang sulit untuk didedahkan dengan selamba didedahkan dengan tanpa rasa segan silu sedikitpun.Ini bukan lagi diiktiraf sebagai satu fesyen moden tetapi ianya mampu mempengaruhi minda penonton yang cenderung kepada ‘negative thinking”sehinggakan mengundang kepada permasalahan pergaulan bebas berbeza jantina dan seks rambang akibat tidak mampu menahan nafsu hasil dari tayangan drama tersebut.Sekaligus meruntuhkan tamadun masyarakat bangsa dan Negara kita pada hari ini dan juga dimasa mendatang.
Jika didengar dan dipasang telinga terhadap corong-corong radio yang berdaftar secara sah di Malaysia ini,barangkali ianya tidaklah dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan,kerana kita mampu mendengar sahaja bukan menonton dan melihat dengan mata kepala kita secara terus.Tetapi,ada juga perkara dan unsur-unsur yang dirasakan mampu membawa masalah kepada masyarakat.
Berdasarkan pengalaman saya diberi kesempatan untuk mendengar satu slot yang dibuat secara siaran langsung,”live”,si deejay sibuk interview para pemanggil telefon dalam slot tersebut,tiba-tiba si deejay menanyakan soalan kepada pemanggil itu berkenaan “pad” tuala wanita yang didatangi haid.Si deejay telah bertungkus lumus menanyakan persoalan-persoalan yang pelbagai kepada pemanggil lelaki tersebut,tiba-tiba diakhiri dengan gelak ketawa dan usik mengusik,kerana ia adalah Cuma slot kena mengena dalam jadual video tersebut,si deejay telah berpakat dengan teman perempuan kepada lelaki tersebut.
Menyentuh kepada persoalan kualiti lagu dan mutu lagu yang diputarkan saban masa dalam corong radio adalah jauh sekali bersifat membina masyarakat.Masyarakat disajikan dengan lagu-lagu yang berunsurkan cinta,kecantikan perempuan,perpisahan hubungan sepasang kekasih dan sebagainya.Sesekali bagi saya.tidak mengapa malah sepanjang masa mungkin dimomokkan dengan lagu berunsurkan genre tersebut.
Justeru,mungkin masyarakat masih terlalu mentah untuk menilai tahap kualiti dan jenis drama dan slot-slot yang ditayangkan oleh pihak media.Barangkali ada kemungkinan juga masyarakat masih tidak mampu menilai baik buruk hasil tontotan mereka terhadap sesuatu bahan drama mahupun slot radio yang ditayangkan kepada masyarakat awam.
Kesimpulannya,kemanakah halatuju media Malaysia kita di Negara ini?.proses reformasi dan transformasi harus difikirkan untuk membentuk ketamadunan masyarakat yang lebih terancang dan keperibadian mulia.Media pada hari ini,tidak lagi dilihat sebagai satu platform yang hanya memaparkan slot hiburan semata-mata malahan ianya dilihat sebagai satu medan untuk membantu dan mendidik masyarakat mengenali keesaan Allah dan nilai kehidupan sebenar dimuka bumi ini.
0 comments:
Post a Comment