Majlis Berbuka Puasa PERMANIS: IFTAR 10



Majlis berbuka puasa PERMANIS bersama anak-anak yatim ini merupakan salah satu program yg dianjurkan oleh PERMANIS dan telah dijadikan sebagai salah satu acara tahunan bagi persatuan ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan amalan berbuka puasa secara berjemaah di samping dapat beramah mesra dengan anak-anak yatim. Selain itu, program ini juga akan dapat melahirkan rasa gembira kepada anak-anak yatim dan sekaligus merasakan diri mereka disayangi. Konklusinya, diharapkan semua pihak dapat bekerjasama bagi menjayakan program ini dan segala perancangan dan matlamat program ini akan terlaksana dengan jayanya.

OBJEKTIF

Menghidupkan amalan berbuka puasa secara berjemaah

Mengisi malam Ramadhan dengan aktiviti kerohanian seperti solat tarawikh, tadarus dan tazkirah yang secara tidak langsung dapat meningkatkan syiar islam dalam kalangan masyarakat.

Melahirkan rasa gembira kepada anak- anak yatim yang terlibat selain membuatkan diri mereka disayangi.

Mengeratkan lagi sillaturrahim dalam kalangan ahli di samping dapat memupuk semanagt bekerjasama dalam berorganisasi

JUSTIFIKASI


Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk meningkatkan amalan kebajikan di

samping mendidik rohani kearah yang lebih positif.


Sebagai wadah untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang secara

langsung dapat meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan bulan Ramadhan

kepada masyarakat.


Pengetahuan mengenai hal ehwal islam merupakan salah satu cabang ilmu yang

perlu disebarkan dan dipelajari oleh setiap individu muslim.


TARIKH
28 oGOS 2010 (SABTU)
TEMPAT
Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang Port Dickson Negeri Sembilan
MASA
9 Pagi - 10 Malam
PENYERTAAN
80 orang warga PERMANIS, dan 40 orang adik-adik daripada
Yayasan Anak Yatim Islam Daerah P.D.

sertai kami di facebook

0 comments: