STRIVE 10: dalam kenangan...


Pada 6-8 Ogos 2010 yang lepas, kelab Fasilitator PERMANIS telah mengadakan program perdananya iaitu School Trip To Varsity (STRIVE 10). Program tersebut melibatkan 42 orang pelajar darjah 5 dan 6 S.K Kota Rembau Negeri Sembilan. Pada hari pertama program, pelajar dibawa melawat ke sekitar Universiti Malaya, antaranya termasuklah Akademi Pengajian Islam, Perpustakaan Utama dan sekitar tapak FESKUM yang sedang berlangsung ketika itu.

Kemudian, mereka dibawa ke tapak program iaitu Sg Congkak Hulu Langat Selangor. Pelbagai aktiviti menarik bagi memenuhi tuntutan akademik, rohani, jasmani, akhlak, dan sahsiah sebagaimana yang digariskan dalam objektif STRIVE 10. Warga PERMANIS mengucapkan jutaan terima aksih kepada pihak sekolah kerana sudi memilih PERMANIS UM untuk menganjurkan program tersebut. Kami para fasilitator dan jawatankuasa pelaksana mendoakan yang terbaik buat adik-adik untuk UPSR yang akan datang. Jumpa lagi... !
Sesi Solatku Ibadahku
Inkuiri
Riadah (ala-ala PALAPES)
STRIVE 10 !!!
Jumpa lagi...



Road To Success

Mr. & Mrs. Pengarah...

PERMANIS: Tetap Di Hati

more picture - link to facebook (clik me)

0 comments: