Menjelang Peperiksaan


''Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Oleh: Mohd Hasyim Bin Harun
http://akusebuahkisah.blogspot.com

Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.

Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.


Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.


“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”


Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.


Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud:
“Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta,
tetapi yang buta itu ialah (mata) hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)


BERANGAN-ANGANLAH

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.


Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.


Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.


Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

  • Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
  • Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
  • Kenapa aku mahukannya?
  • Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.


Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...


Sumber: Tip Peperiksaan

0 comments: