Tinta YDP: Selamat Menempuh Peperiksaan


Oleh : Mohd Sabri Bin Jamaludin

Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan

Universiti Malaya (PERMANIS)



Terima kasih diucapkan kepada seluruh rakan-rakan PERMANIS UM yang terus menyokong dan memberi sepenuhnya perpaduan kepada perjalanan program-program sepanjang semester 1.Semoga anda semua beroleh sesuatu yang bernilai lagi berharga bagi mewarnai seluruh kehidupan pada masa akan datang.


Semestinya kami di PERMANIS,senantiasa menitikberatkan pelbagai bentuk persoalan dan sedaya upaya untuk memenuhi segala bentuk keperluan rakan-rakan khususnya ahli-ahli kami yang berdaftar secara sah bersama kami.Bagi kami tanpa kehadiran dan sokongan anda semua,siapalah PERMANIS yang cukup dikenali di UM pada hari ini.Terima kasih untuk anda semua.


Tanggal 22 November 2010 (isnin) ini,seluruh mahasiswa di UM bakal memasuki fasa peperiksaaan sehingga 10 Disember 2010.Justeru di kesempatan ruang dan peluang yang diberikan di laman blog rasmi PERMANIS ini,saya selaku YDP PERMANIS UM sesi kali ini ingin merakamkan dan mengucapkan “Selamat Menempuhi Peperiksaan & semoga berjaya memperolehi keputusan yang terbaik pada semester 1 ini”.


Saya yakin seluruh ahli-ahli PERMANIS gementar dan berdebar untuk memasuki fasa peperiksaan ini.Bagi saya, inilah medan yang bakal menentukan kefahaman kita sepanjang sesi pengajian di kuliyah yang telah berjalan selama 14 minggu lamanya.Tempuhilah fasa peperiksaan ini dengan hati yang terbuka dan penuh dengan senyuman dan nilai tawa yang mampu menghiburkan diri anda semua.Usah kita bermasam durjana dan diulit dengan 1001 masalah tekanan dalam diri dan sebagainya dan saya percaya dan yakin ianya mampu meranapkan nilai kemotivasian dalam diri saudara sekalian.



PERMANIS UM senantiasa menyediakan ruang untuk saudara sekalian berkongsi dan melontarkan sebarang bentuk idea dan pandangan yang membina, yang bagi saya cukup berharga jika kita memanfaatkannya bersama-sama.Buat pengetahuan saudara,PERMANIS saban tahun banyak melahirkan mahasiswa yang cemerlang.Cemerlang dari segi kepimpinan,intelektual,akademik dan akhlak.Kita bukan persatuan yang hanya aktif berpersatuan semata-mata,tetapi nilai akademik dan intelektual segar dan hidup dalam PERMANIS UM.Syabas PERMANIS UM!


Islam agama yang mudah dan cara hidup,“a way of life”.Yakin dan percayalah saudara sekalian,bahawa segala bentuk dan keperluan dalam kehidupan kita yang kita miliki pada hari ini semuanya adalah kurniaan dari Allah.Sesungguhnya saya ingin mengajak saudara semua untuk kita bermuhasabah seketika untuk kita berfikir dan menilai semula,apakah kita ini tergolong dikalangan hambanya yang bersyukur atau kufur?.Saya lontarkan persoalan ini buat saudara sekalian.


Hari ini kita manusia yang bergelar pelajar (mahasiswa) di UM.Cukup banyak pengorbanan ibubapa kita untuk mendidik dan melihat kita berjaya sehingga ke saat ini.Jika kita di tahun 2 atau 3 atau mungkin 4,cuba kita kira berapa banyak sudah duit ibubapa kita dibelanjakan untuk memenuhi kehendak dan keinginan kita sepanjang saat ini di UM.Saya kira,sudah pasti kita tidak mampu untuk mencongak dan mengira jumlah keseluruhannya,bukan?..Besarkan pengorbanan ibubapa kita?.



Justeru saudara sekalian,diatas kesedaran ini,izinkan untuk saya membina motivasi dalam diri saudara semua untuk kita bersiap dan berani mendepani fasa peperiksaan ini dengan penuh persediaan dan persiapan yang secukupnya.Ya,memang benar 8 subjek yang perlu dibaca dan difahami serta dihafal semata-mata untuk duduk menjawab kertas yang hanya 1jam 30 minit dan mungkin 2 jam tepat.Tapi percayalah,jika “Niat” saudara saudari sekalian hanya diatas nama “ilmu”,saya berani mengatakan keberkatan Allah ada bersama-sama saudara sekalian dan kejayaan pasti menanti anda semua.


“Manusia mati meninggalkan nama,harimau mati meninggalkan belang”,dan terbukti jika kita seorang yang mati dengan ilmu penuh didada,kematiaan kita merupakan kematian yang mulia dan ditakrifkan syahid disisi Allah.Moralnya walau siapapun kita,hiasilah diri kita dengan “ilmu” dan “akhlak” yang terpuji untuk tauladan kepada manusia yang lain.


Mahasiswa merupakan ‘role model” terbaik kepada generasi muda diluar sana.Dunia hari ini sudah tua,tua yang bakal musnah dan apakah kemusnahan itu bakal digantikan dengan dunia yang lain atau “qiamat” menjelma?.Masa tidak banyak,24 jam yang ada pada 1 hari pun tidak mencukupi bagi seseorang yang sibuk mengejar keperluan terhadap dirinya untuk dipenuhinya.Justeru manfaatkan “Masa-24 jam” dengan sebaiknya supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.



Ayuh warga PERMANIS UM sekalian,kita perlukan “kejayaan dan kecemerlangan”dalam diri kita khusus akademik kita.Kejayaan ini untuk semua,moga kejayaan ini diterjemahkan dalam bentuk yang positif untuk contoh tauladan kepada orang lain dan juga ibubapa kita di rumah sana.Ingatlah hanya ilmu mampu merobah diri dan ahli keluarga kita dengan keluar dari alam kejahilan dan kesengsaraan kemiskinan segalanya.


Akhir kata,saya sebagai YDP PERMANIS UM akan tunggu kalian semua di puncak kejayaan,semoga kita berjaya memperolehi yang terbaik lagi cemerlang dalam peperiksaan semester 1 ini.PERMANIS UM menyokong sepenuhnya akademik dan intelektual anda semua!..Semoga Berjaya!!!!


Sekian,terima kasih….


Ikhlas daripada :

Mohd Sabri Bin Jamaludin,

Kg.Bayai Baru,Batu Kikir

Jempol, Negeri Sembilan

Jumaat,5 november 2010

0 comments: