Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang diatas larangan tegas yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran mengenai larangan berdua-duaan pelajar mahupun staf di IPG.Ini merupakan satu langkah pencegahan yang terbaik lagi berkualiti bagi saat ini untuk mengekang aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan pengaulan bebas dikalangan lelaki dan perempuan dalam IPG tersebut.
Sememangnya di Universiti Malaya (UM) sendiri, PMIUM tidak pernah terfikir untuk mewujudkan satu memo yang bertujuan khas dikeluarkan untuk melarang mahasiswa mahasiswi yang berbangsa melayu islam khususnya mahupun berbangsa bukan melayu dan bukan islam untuk keluar berdua-duaan dan menaiki kenderaan bersama dengan berlawanan jantina pada satu masa di UM ini.Barangkali ini merupakan satu titik penghubung yang perlu diteruskan dan tindakan ini seharusnya mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak khususnya IPTA/IPTS dan kolej-kolej serta pusat pengajian tinggi yang lain di seluruh Malaysia ini.
PMIUM berpendapat melalui larangan yang dikeluarkan oleh pihak IPG ini,ia merupakan satu usaha yang dapat membantu dan membersihkan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dari dihujani dan dibelenggu dengan pelbagai masalah social yang cukup membimbangkan dan menyedihkan seperti yang berlaku sebelum ini.PMIUM berpendapat kekangan yang dibuat dan tindakan tatatertib yang tegas yang dilakukan oleh IPG merupakan langkah pencegahan yang terbaik bagi menimbulkan pelbagai permasalahan social seperti zina,berdua-duaan,berpelukan dan sebagainya dalam suasana ilmiah yang terbentuk di institusi pengajian tinggi kita di Malaysia.
PMIUM menyokong “0” gejala social di IPTA/IPTS di Malaysia.
PMIUM juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang,diatas peranan yang dimainkan oleh mereka dan sikap keterbukaan mereka dalam menerima penguatkuasaan undang-undang yang telah dibentuk oleh pihak pentadbiran pengurusan pelajar yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri,Datuk Mazlan Mohamad melalui larangan yang dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).
Menurut YDP PMIUM,saudara Ahmad Syazwan Hassan,beliau memaklumkan bahawa PMIUM bercita-cita untuk mengikut jejak langkah IPG menerusi akta yang dikeluarkan ini kerana PMIUM melihat akta ini mampu memenuhi Misi dan Visi Universiti Malaya khususnya dibawah kepimpinan Naib Canselor,Prof Gauth Jasmon untuk melahirkan mahasiswa mahasiswi yang bebas dengan anasir negatif dan berbudaya sihat sentiasa dalam lingkaran varsity Malaya ini yang ketika ini dikedudukan 200 universiti terbaik dalam dunia.
PMIUM juga akan menghantar satu memorandum tanda persetujuan dan cadangan kepada pihak UM,dan sekaligus ingin meweujudkan satu hubungan kerjasama bersama pihak IPG menerusi kaedah dan sistem yang dilakukan melalui penguatkuasaan larangan ini..
PMIUM ingin mewujudkan kondusif varsiti yang cukup selamat dan bebas dari gejala sosial dan pergaulan bebas dalam kalangan mahasiswa mahasiswi khususnya dalam member kefahaman dan pendidikan secara tidak langsung mengenai kefahaman islam dan keindahan islam melalui dakwah kepada seluruh masyarakat kampus.
Sekalung Tahniah Buat IPG.
Penulis adalah mahasiswa tahun ketiga Universiti Malaya. Beliau adalah setiausaha politik kepada Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
0 comments:
Post a Comment