OPKIM 11: Sekilas Rasa


LOGO RASMI OPKIM PERMANIS

Pengarah: Abdul Rahman Bin Siham
Ecxo Kebajikan & Perpaduan



Pada 3 November 2010 yang lepas, PERMANIS sebagai pihak penganjur telah mengadakan pertemuan dengan JKK Felda Palong 8. Pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan secara lanjut mengenai gerak kerja program OPKIM yang bakal berlangsung.

Jeram

Melawat ke kawasan sekitar Felda Palong 8 dan melihat kepada tentatifnya, pastinya menimbulkan keterujaan untuk turut menyertai program selama 5 hari 4 malam tersebut. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada JKK Felda Palong 8 yang memberikan kerjasama dan respon yang baik kepada kami. Moga-moga program yang akan dijalankan ini adalah yang terbaik buat semua.

perjalanan daripada KL mengambil masa lebih kurang 3 jam

FELDA Palong 8 terletak di Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri Sembilan Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysian, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini. Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m



pintu gerbang Felda Palong 7 & 8

Sedikit sejarah sebagai gambaran awal apa itu FELDA, pada dahuluanya ia dikenali sebagai ,Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) dan kini ia dikenali sebagai FELDA. FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan.


kawasan sekitar

warga kerja OPKIM PERMANIS UM

YDP & Pengarah membincangkan kelancaran gerak kerja

Mesyuarat bersama JKK Felda Palong 8


Selepas ini, akan diadakan lagi pertemuan follow up daripada masa ke semasa, bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang diaturkan.

Maklumat lanjut OPKIM '11 akan dikemaskini. Terima kasih
M M

JOM SERTAI OPKIM PERMANIS 2011
Masyarakat Di Hati Mahasiswa

Ketahui lebih lanjut OPKIM PERMANIS 2011
Kenali FELDA, Web Rasmi FELDA, FELDA MAPS, Gemas, Album

0 comments: