Lagu Rasmi N Sembilan (Gubahan semula)



SEREMBAN, 26 Okt – Pelancaran Lagu Kebesaran Negeri Sembilan (yang digubah semula) merakamkan satu lagi detik yang amat bersejarah dalam negeri ini selepas daripada Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke 11 pada tahun lepas.


Penggubahan semula lagu kebesaran N.Sembilan melambangkan kemegahan tampuk pemerintahan negeri di bawah jajahan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bilamana penggubahan yang masih mengekalkan keaslian melodinya dengan perubahan pada lirik yang membawa ke arah transformasi seiring dengan perubahan zaman yang serba maju ini.


Majlis Pelancaran Lagu Kebesaran N.Sembilan versi baru itu telahpun disempurnakan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di Royale Bintang, dekat sini. Turut hadir mencemar duli DYMM Tunku Ampuan Besar N.Sembilan, YTM Tunku Besar Tampin, YTM Dato’-Dato’ Undang Yang Empat, YM Tok Puan-Tok Puan serta YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar N.Sembilan dan isteri.


Secara jelasnya dan menjadi satu keunikan bilamana gubahan baru lagu kebesaran ini telah dihasilkan oleh anakanda Tuanku sendiri iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz. Amnya, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan “Berkatlah Yang di-Pertuan Besar” telah dicipta oleh Sir Andrew Caldecott, seorang Pegawai British yang bertugas sebagai Pegawai Daerah Jelebu pada ketika itu. Manakala liriknya pula telah ditulis oleh Tunku Zakaria Mambang. Ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan, Tuanku Mohammad pada tahun 1911. Kemudian, bermulalah evolusi dan perubahan demi perubahan telah berlaku terhadap lagu ini.



Atas inisiatif itu, maka lagu kebesaran tersebut kini digubah bagi menampilkan pembaharuan sejajar dengan peralihan zaman serba teknologi ini. Hasil idea Tunku Zain dengan di bantu oleh Dato’ Johari Salleh, maka penggubahan lirik dan lagu tersebut dilakukan pada tahun 2009. Menurut Dato’ Johari, apa yang dilakukan oleh Tunku Zain adalah satu ketepatan pada waktunya selaras dengan peredaran zaman yang memerlukan sesuatu kelainan termasuklah pada lagu kebesaran yang seringkali digunakan pada majlis-majlis rasmi ke bawah duli Tuanku.


“Tunku Zain telah membuat perubahan baru pada lagu tersebut tepat pada masanya dan ianya merupakan satu kebanggaan buat seluruh rakyat N.Sembilan,” jelasnya.


Sementara itu, Menteri Besar N.Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkata, lagu kebesaran N.Sembilan ini merupakan lagu kebanggaan rakyat negeri ini dan amat berterima kasih kepada Tunku Zain kerana menghasilkan ilham dan kelainan buat N.Sembilan yang seharusnya dibanggakan.


Menyedari akan terdapat pelbagai versi dan berlakunya perubahan dari segi tempo, melodi dan nyanyian ada yang perlahan dan ada yang agak laju, sewajarnya lagu kebesaran Negeri digubah semula. Justeru, atas inisiatif Yang Mulia Tunku Zain, sebuah projek bagi menyusun kembali dan menyeragamkan Lagu Kebesaran ini telah dilaksanakan. Dengan mengekalkan melodi asal dan lirik yang sedikit diubah, ia bakal menjadi sebuah gubahan lagu yang merdu dan sedap didengar.Ditambah pula dengan iringan suari harmoni dan instrument muzik yang lebih klasik.


“Hari ini, objektif dan matlamat kita telah pun tercapai. Kita telah pun membuat rakaman dengan menggunakan pelbagai peralatan muzik. Versi baru ini akan dirasmikan dan penggunaannya bakal diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri, samada di sekolah-sekolah, istana, jabatan-jabatan kerajaan mahupun di majlis-majlis rasmi kerajaan,” jelas beliau.


Umum mengetahui, bahawa lagu kebesaran dan lagu kebangsaan adalah merupakan sesuatu yang amat penting. Setiap negeri yang berdaulat, memerlukan lagu kebesaran yang mempunyai gubahan muzik dan senikata yang mampu memupuk semangat setia kepada Raja, Negara dan Negeri.


YAB Menteri Besar juga turut menekan nilai-nilai kesetiaan kepada Raja yang selama ini menjadi payung negeri perlulah dihayati dan dipelihara oleh kita semua. Sebarang bentuk anasir yang boleh memecah-belahkan rakyat dan menghakis kesetiaan kepada Raja dan Negara perlulah dipandang serius oleh kita semua.


“Diharapkankan agar semangat seluruh rakyat Negeri Sembilan akan terus bersatu bersama-sama ke bawah naungan Duli Tuanku, sebagaimana wujudnya keharmonian di dalam irama dan lagu kebesaran Negeri Sembilan ini,” tegasnya.


“Saya menyeru agar seluruh rakyat dapat menjiwai lagu ini disamping dapat memupuk dan menambah lagi semangat cintakan negeri ini di bawah payung pemerintahan ke bawah Duli Tuanku,” tambahnya lagi mengakhiri ucapan beliau.


mizie@n9kini.com/foto: ismail

Aktiviti Semasa: Program Jemputan

KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN ORGANISASI BADAN PELAJAR BERDAFTAR UNIVERSITI MALAYA

anjuran

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITI MALAYA

31 OKT - 2 NOV 2010

HOTEL SERI MALAYSIA, BAGAN LALANG, SEPANG

----------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS KONVENSYEN TAJDID PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI

anjuran

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

sempena

SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN PERKIM

5-7 NOVEMBER 2010

DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN,
JALAN DUTA, KUALA LUMPUR




Selamat Menghadapi Peperiksaan




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
- SEMOGA PEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG -

Kelas Hukum Islam Semasa (KHIS)


KELAS HUKUM ISLAM SEMASA (KHIS)
ANJURAN
EXCO DAKWAH & KEROHANIAN
PERMANIS UM

'' seni & hiburan di Malaysia menurut perspektif Islam"

tarikh: 27 Oktober 2011
masa: 9.00 - 10.30 malam
tempat: Dataran Kimia Fakulti Sains


semua dijemput hadir

Ada Apa Dengan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan



Introduction

Negeri Sembilan simply means 'Land of Nine States'. The name is so-called because it once comprised nine separate districts, each ruled by a Malay Chieftain. Seremban, its capital is easily accesible by road and rail to Kuala Lumpur, about 50 kilometres away. Among the main attractions of the town are the Cultural Handicraft complex, the State Museum, the State Mosque and the Lake Gardens.

The state is often associated with the influence of Minangkabau migrants from Sumatra who came during the settlement era into Malaya long ago. The settlement then led to its strong unique and distinctive characteristic, best seen in the architecture and styles reflected in the construction of buildings as well as homes. One unique feature is the horn-shaped roof. The Minangkabaus also brought with them their 'adat' or traditions, in particular the matrilineal kinship system. This system is evident until today especially in the marriage customs, ownership of property and dance forms.

The music and dance, though not widely practised today by the locals, is still an area which is a pride here. There are different types of songs and dances. The songs are mostly lively and fast beat. They mostly have a significant sound of metal-made hollow drums called the 'cak-lempong' in the background. The 'tarian lilin' (candle dance) is a popular dance among the Minagkabaus where the dancers dance in the dark, with candles lit on saucers placed on their palms being the only lights that could be seen. Then, there is also another interesting dance performance called the 'endang'. 'Endang' is a unique dance that requires the dancers to sit on the floor in a yoga position or what the Malays call 'bersila' and do synchronized rhythmic movements in accordance to the lively background music.

When you're in 'The Nine States', there are lots to explore as it is a perfect example of a modern state embraced by rich customs and traditions. Here is a good balance of old and new attractions.

The Seri Menanti Palace, converted to the Royal Museum in 1992, is a classic showcase of Minangkabau structure and design. Built at the turn of the century by two local craftsmen, the wooden palace took six years to complete and is an architectural wonder as no screws or nails were used in its construction. Elsewhere, the pretty village settings are reminiscent of the Minangkabau influence.

The Arts & Culture Park or popularly known as Taman Seni Budaya Negeri is indeed a typical example where the legacy of the Minagkabau architecture exists. It exhibits some of the rich cultural traditions and artefacts of the state. In this area stands the Istana Ampang Tinggi (a palace which has been converted into the State Museum) in its original state since it was built in 1861. The palace exhibits various old weapons as well as brass and silverware used by the Royal families. One will also get to see a tableau that potrays a grand royal weddings on display.


Negeri Sembilan has a popular beach, Port Dickson (also known as PD), about 33 kilometres west of Seremban. PD lies on the shores of the Straits of Malacca. This resort town with its miles of golden beaches and a wide range of accommodation is a favourite 'playground' for the city dwellers of Kuala Lumpur and Singapore as well as the neighbouring towns. PD also host the annual Pesta Port Dickson or PD Fiesta between July and August. The Fiesta offers all sorts of fun and games as well as sea sports activities.

And if you've seen the film "Blue Lagoon", spend some time visiting Blue Lagoon - a popular spot subtly tucked away from the busy town of Port Dickson. Though not the actual location as in the film, those with video camera can at least imagine doing another sequel to the famous film. Once you leave the Blue Lagoon beach, take a half kilometre drive through an area surrounded by lush jungle which will lead you to a flight of steps. The 63 stairs will then lead you to the foot of a 16th century lighthouse, Tanjung Tuan lighthouse built by the Portugese, formally known as Cape Rachado. With prior permission, one gets enter the lighthouse to see a magnificent view the Straits of Malacca.

Another little town which has its own attraction is the Pedas Hot Springs. Pedas Hot Springs is where anyone can get a chance to relieve muscle ache or body ache in private bathing enclosures. Many believe that the hot water from the underground springs has medicinal values for certain skin and rheumatism problems.

One must also try out something refreshing for the mind and body. Ulu Bendol which is about 25 km south of Seremban on the road leading towards Kuala Pilah, is a perfect escapade. It is cool and peaceful and has lots of space for picnickers. Not far away from this fine spot, for those who are a little bit more adventurous, going for a hike up to Gunung Agsi is a great experience. Every step there is to make to the top is sheer pleasure as you will find lots of beautiful birds, lizards and sometimes snakes that you hardly find elsewhere.

One should also try out some of the traditional dishes offered by the locals like beef rendang (beef cooked in rich spices and coconut), gulai lemak cili api (tumeric gravy with chilli).

Negeri Sembilan is definitely a state of difference. With a culture so unique, put together with its music, lovely destinations and delicious food, it is a wholesome package that will undoubtedly cause one to bring home a wonderful exploration experience.

sumber: http://www.cuti.com.my/guide_n9.htm

OPKIM 11: Tentatif






Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Tentatif Tertakluk kepada pindaan. Harap maklum


Sebatang Pohon Yang Cantik


Mohd Hasyim Bin Harun

http://permanisdhati.blogspot.com


Nun,di sebuah hutan belantara tumbuhlah sebatang pohon yang memiliki keunikan tersendiri dibandingkan dengan jutaan pohon yang lainnya. Ia memiliki batang yang sangat lurus dan tegak, akarnya yang kukuh, serta aroma khasnya yang harum, semerbak, memenuhi seluruh isi hutan. Sehingga tidaklah menjadi hairan, ramai sekali para pencari kayu bakar yang merasa tertarik kepada pohon itu. Bahkan ramai yang berniat baik untuk turut memelihara keindahan pohon itu. Dengan senang hati mereka membiarkan pohon tersebut tetap tumbuh.

Sering kali mereka menyempatkan diri untuk menyiraminya dengan air yang diperoleh dari lubuk bening di pinggir hutan. Semua itu mereka lakukan dengan penuh harap agar suatu saat kelak, di alam yang mulai penuh dengan kerosakkan ini, Sang Pohon Cantik akan tumbuh dengan sejuta pesona. Memberikan warna perubahan bagi siapa saja, untuk lebih mencintai lingkungan mereka dan berhenti membuat kerosakan.

Sementara bagi para penebang pohon yang liar, keberadaan pohon cantik itu sangatlah mengganggu. Mereka sedar, apabila pohon tersebut tumbuh dengan baik, maka akan banyak perhatian yang akan tertuju kepada hutan itu. Perhatian yang tentu saja membuat langkah mereka semakin sulit dalam membuat kerosakan di dalam hutan itu. Para penebang pohon yang liar itu berikrar, mereka akan memindahkan pohon cantik itu ke halaman rumah-rumah mereka. Tetapi kalau tujuan itu tidak tercapai, maka mematikan pohon itu adalah cara terbaik yang harus mereka tempuh.

Beruntung, pohon cantik tersebut mendapat penjagaan yang sangat rapi dari para pencari kayu bakar yang baik hati. Mereka secara bergiliran mengiring berjalan dengan sangat waspada agar pertumbuhan Sang Pohon terjaga . Selain itu, pohon tersebut rupanya memiliki akar yang dapat menumbuh dengan cepat. Sehingga sari-sari makanan yang ada dalam tanah dapat diserap dengan baik. Demikian juga dengan air yang ada, dapat digunakan oleh Sang Pohon untuk menampung kehidupannya.

Dipendekkan cerita,pohon tersebut telah tumbuh besar, daunnya yang rimbun menghijau membuat mata tak lelah untuk memandang, dari dahan-dahannya lahir wangian semerbak harum yang menyeliputi seluruh hutan, dan satu lagi, pohon cantik tersebut memiliki buah yang sangat manis. Selain dapat menghilangkan dahaga, juga dapat mengenyangkan para penikmatnya. Terasalah berkah Sang Pencipta bagi para pencari kayu bakar, meskipun para penebang pohon yang liar masih saja mencari helah untuk selalu menghapuskan pohon itu.

Namun, demikianlah kudrat keberadaan setiap makhluk yang hidup dan tumbuh di atas muka bumi ini, tak satupun yang abadi! Tak terkecuali dengan keadaan pohon cantik yang disanjung para pencari kayu bakar dan seluruh penghuni hutan. Pada suatu petang, ketika langit mulai gelap, angin pun kencang berhembus. Pucuk pohon cantik bergoyang dengan hebatnya. Ia sekuat tenaga mengimbangi keadaan yang mana pada bila-bila masa boleh menumbangkannya. Sang Pucuk terus bergerak, awalnya hanya berniat untuk mempertahankan diri dari keadaan alam yang ia hadapi.

Tetapi lama-kelamaan ia sedar, bahwa sebenarnya ia dapat mengatasi sepenuhnya serangan angin tersebut. Ia yakin benar telah ditampung oleh akar yang kuat, dan dahan-dahan yang kukuh, serta dedaunan yang dapat menahan laju dan kencangnya angin dengan sempurna. Kerana keyakinannya itulah tiba-tiba ia membuat sebuah gerakan yang tidak disangka-sangka oleh Sang Akar, yang sekuat tenaga mencengkam tanah.

Sang Pucuk menari, bukan hanya mengikut arah angin, namun terkadang ia membuat gerakan yang membingungkan Sang Akar dalam mempertahankan keseimbangannya. Dan, Sang Akar pun mengeluarkan bantahannya; "Hai, pucuk. Berhentilah menari! Aku bingung melihatmu!" "Kenapa mesti bingung, Akar? Aku tahu benar situasi yang ada. Ikut sajalah!" "Bagaimana aku hendak mengikuti tarianmu, kalau kamu susah diikuti" "Percayalah, akar. Aku diatas mampu melihat semuanya. Bukan hanya batang, daun, dan kau akarku sendiri. Tetapi jarak puluhan batu di sekeliling kita pun dapat aku lihat dengan jelas" "Hai, apa salahnya aku mengingatkanmu, pucuk?" "Kau salah akar, harusnya kau ikut saja apa kataku. Kerana posisimu di bawah, dan kau tidak tahu apa-apa tentang dunia ini!"

"Aduhai…angkuh nian kau, pucuk! Kalaulah tak ada aku, mana mungkin kau dapat berdiri dan berada di atas sana!" "Sudahlah, kenapa kalian malah bertengkar, hah?!" Sang Daun menegahi suasana yang semakin panas. "Kerana dia mulai merasa angkuh, daun!" akar mengarahkan serabut akarnya kepada Sang Pucuk. "Apa urusanmu, akar?! Ikuti sajalah kataku, dan kau akan selamat" "Apakah kalian lupa, hah? Kalian itu saling memerlukan! Tidak akan ada kehidupan kalau tidak aku, kau, dan si akar itu. Sedarlah, saudaraku! kawanku!" Sang Daun kembali berkata-kata dengan perasaan yang sedih kerana pertelingkahan saudaranya sendiri.

Perdebatan demi perdebatan terus bergulir di antara keduanya. Sang Pucuk tidak merasa harus mengalah sedikit pun terhadap Sang Akar. Ia merasa bahawa ialah segalanya, dialah ketua kerana berada di tempat yang paling atas. Ia merasa ditakdirkan Tuhan untuk berada di atas dengan segala penglihatannya yang luas akan dunia ini. Ia merasa Tuhan telah memberikan kekuasaan mutlak kepadanya untuk berbuat sesuka hati. Sementara, Sang Akar merasa kecewa, Sang Pucuk telah mengambil langkah yang keliru dalam melaksanakan upaya menjaga kelangsungan hidup seluruh bagian pohon tersebut. Dan, Sang Daun yang berusaha meleraikan perdebatan itu pun tak berdaya menenangkan keduanya, meski ia tak pernah merasa lelah untuk mendamaikan perseteruan dua saudara satu tubuh itu.

Waktu yang digariskan mungkin saja telah tiba, kerana perdebatan yang berlarutan itu, Sang Akar bermalas-malasan untuk menyerap air dan zat-zat yang dibutuhkannya. Demikian juga Sang Daun, kerana kelelahan melerai perdebatan kedua saudaranya, ia lupa untuk mengolah makanan meskipun matahari terus bersinar sepanjang hari. Dan, Sang Pucuk rupanya semakin terlena. Ia tidak menyadari dua saudara dibawahnya sudah mengalami gangguan. Ia tetap berlenggok mengikuti arah angin dengan irama yang menghiburkan hatinya. Hingga tibalah saat di mana angin justeru berhembus dengan sangat perlahan.

Sang Pucuk terlena kerana desirnya, ia merasa ngantuk dan ia biarkan gerakannya yang tidak beraturan, dan ia pun mulai terpejam. Terlelap dalam tidur yang tidak disedarinya, dan angin datang menyerang. Tubuhnya terkulai. Sang Daun yang lapar tidak berdaya menahan tubuh Sang Pucuk yang datang tiba-tiba. Ia ikut terjatuh. Sementara di bawah, Sang Akar yang bermalas-malasan tidak lagi memiliki cengkaman yang kuat terhadap tanah di sekelilingnya. Sang Akar tidak berkuasa menahan tubuh kedua saudaranya yang terjatuh lebih dulu. Ia tercabut, bercerai-berai.

Beginilah akhirnya kisah pohon cantik,sebuah cerita yang menyedihkan.Para pencari kayu bakar yang baik hati bermuram durja, sementara para penebang liar bergelak tawa, "Tak perlu kita robohkan, kawan. Mereka roboh sendiri kerana permusuhan…!! " "O, bahkan tak perlu angin yang kencang rupanya…….kasihan betul….." demikianlah kata penebang pohon yang liar.


'Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya.'

Masyarakat Orang Asli: They Need Us !

Oleh: Lokman Hakim Bin Kamarudin

http://econpolics.blogspot.com


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar agaknya kawan-kawan aku?

Agak lama aku tak meng"update" blog korang ini.

Walaupun "baru" 3minggu, padahal sebelum ni

sebulan lebih pun pernah geng.

Taknak banyak cakap,

Lepas ni aku nak buat assignment statistik pulak.

Kang kalau banyak cakap korang boring.

****************************************


Kali ni aku nak story sikit pasal program

Yang aku ngan member aku organized.

Korang tak nampak??

Kalau nak nampak, pergi click kat gambar ni.


Jalinan Kasih Dan Sambutan Aidilfitri

Bersama Masyarakat Orang Asli

(JAKSA 10)

Kg.Sawah Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.

****************************


Program ini dah nak dekat 2minggu habis,

tapi baru sekarang aku dapat update.

Kenapa aku cakap "mereka" perlukan kita?

sebab manusia memang memerlukan antara satu sama lain

Apa yang diorang nak dari kita??

Diorang tak nak korang hulur duit korang tu,

Diorang tak nak korang masuk kampung hulur beras sekampit dua.

Sebab?

Semua benda tu diorang mampu sangat2.

Sebab?

Dalam 3hari diorang mampu dapat RM1,000 (fakta).

So Bendalah apa yang diorang nak?

Diorang nak korang "basuh" anak-anak dia,

Nak korang hulur sokongan moral.

Moral dari segi macam mana???



Tau tak?

Antara bebudak kat dalam gambar ni kan,

Ada yang dah ada anak sorang dua.

Umur baru 16 17tahun.

Tau tak?

Kebanyakan bebudak kat atas ni

Tak bersekolah.

Ikut mak ayah pergi noreh getah.

So sekarang korang dah boleh fikir,

Bantuan apa yang patut kita hulurkan?

Memang sangat-sangat memerlukan kita,

Aku bukan nak kutuk ke apa ke,

Sebelum ni pernah aku join program yang lebih kurang sama,

Tapi kat perkampungan Melayu.

Seriesly,,!!

Jauh lebih baik Orang Asli ni.

Komitmen Memang,,,,Peerrhhh...aku cakap.

Teerrbaaeekk kawan.

Dari bebudak sampai la orang tua umur 40 50.

20Min sebelum aktiviti mula,

Da penuh dah dengan orang kampung.

Aku yang urussetia ni pulak malu,

Sebab peserta lambat macam siput.


*******************************


Sanggup ke korang just tengok bebudak ni

Masa depannya hanya di dapur??

Sanggup ke tengok masa depan bebudak ni

Hanya menjaga anak dikala umur masih belasan??

Pernah tak korang fikir sepatutnya diorang la

Yang mendapat layanan PALING istimewa.

Sebab mereka ASLI,

Penduduk ASLI tanah Malaysia ini.

Mesti korang cakap,

"alaa,,,yang paling penting kalau nak berubah,,adalah diri sendiri"

Ye memang betol,

Tapi siapa yang di belakang diorang?

Sama la jugak Guru & Murid,

Aku Guru, korang Murid,

Aku tugas didik korang je, Dah tu terpulang kat korang

Nak dengar cakap aku ke tak.

Diorang nakkan perubahan,

Tapi takda siapa yang menghulur tangan.

Kalau korang nak tau,

Ketua kampung @ Tok Batin sendiri tak boleh baca ABC,

Jadi kat situ dah timbul masalah,

Surat menyurat pun payah nak di buat.

(kampung sawah yang aku pergi ni la)

Dah tu pulak,

Kampung Sawah ni,

Style dia kalau nak lantik Tok Batin ni,

Ikut sistem monarki.

Aku bukan nak salahkan Tok Batin,

Tapi aku nak tunjuk kat korang,

Yang betapa diorang berharap kat kita semua.

Bukan pada ketua diorang.


*********************************


Aku tak mau bagi tahu camna nak dekati diorang,

Itu semua terpulang kat korang.

Kata orang kampung " pokok dek kau la jang".

Dimana ada restoran, di situ ada makanan,

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Mesti diorang fikir,

They Dont Care About Us,

So, korang semua,,,care ke??

Think About It.

Usaha PERMANIS UM Wajar Dicontohi Badan Pelajar Lain

14 Okt, Universiti Malaya : Penubuhan sesuatu persatuan atau badan pelajar adalah penting dalam menentukan hala tuju pergerakan dan matlamat penubuhannya yang bukan sahaja untuk kebaikan ahli persatuannya sahaja malah perlu diperluaskan matlamatnya kepada bukan ahlinya.



Untuk itu, tahniah dan penghargaan buat Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) atas usaha untuk menghidupkan semula nilai kualiti tahap keintelektualan mahasiswa UM dengan penganjuran Kelas Fardhu Ain.


Penganjuran kelas itu adalah dibawah kelolaan Saudara Khairul Azhar Bin Meerangani selaku Exco Dakwah dan Kerohanian PERMANIS UM.


Menurut YDP PERMANIS UM, Saudara Mohd Sabri Bin Jamaludin telah berkata, “Setakat ini kami mencuba s ed aya upaya merancang lakukan penambahbaikan berbanding sesi kepimpinan sebelum ini dan alhamdulillah, hari ini kami sudah mempunyai ahli berdaftar tetap dan sentiasa bertambah melalui sokongan penyertaan dalam program-program yang diadakan”.



Beliau menjelaskan antara pengisian yang cuba diterapkan dan disampaikan kepada para peserta Kelas Fardhu Ain ialah beberapa modul utama iaitu Persoalan Asas Ibadat,Isu-isu semasa dalam Islam dan Pembentukan Modal insan (mahasiswa) Berkualiti.


Namun beliau berkata, sewajarnya badan pelajar di UM tidak dikecilkan peranannya dengan hanya melengkapkan pusingan program-program yang dirancang oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM semata-mata selama 2 semester,tetapi seharusnya diberi ruang dan peluang sendiri dengan HEP memperuntukkan sedikit modal dan dana kepada mereka untuk menganjurkan program berbentuk keilmuan dan keintelektualan di sini.


“Ini adalah merupakan satu usaha dan pendekatan yang positif untuk persatuan-persatuan di UM”,katanya.


Tambah beliau lagi, “Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) khususnya dalam penumpuan sebarang perancangan dan memberikan idea-idea untuk membangunkan modal insan mahasiswa UM dalam menjadikan mahasiswa selaku agen utama kepada masyarakat yang pincang akhlak dan ilmu pengetahuan di luar sana.”



Sabri juga merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) diatas kesudian(PMIUM) untuk bekerjasama dalam menjayakan Kelas Asas Fardhu Ain dan juga beberapa persatuan lain yang sudi bekerjasam dengan PERMANIS UM. – UMtoday.

1NS*Net Dan 1NS Wireless City

Majlis Pelancaran Projek 1NS*Net Dan 1NS Wireless City

''Di bawah projek usahasama antara kerajaan negeri dan TM, pelbagai rangkaian berlainan yang sebelum ini dikenali sebagai NS*Net telah digabungkan untuk menjadi 1NS*Net.



''Untuk itu, melalui projek ini dua lagi rangkaian yang digunakan Kerajaan Persekutuan turut dicapai menjadi gabungan dalam 1NS*Net yang sebelum ini diakses secara sendiri iaitu EG*Net dan NRE*Net," katanya di sini hari ini.


Mohamad berkata demikian selepas melancarkan projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City di Hotel Royale Bintang, di sini hari ini.


Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengurus Besar TM negeri, Salmah Mohd. Taufek.


Mohamad berkata, objektif utama projek 1NS*Net adalah untuk meningkatkan keberkesanan jabatan kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk di negeri ini.


''Melalui 1NS*Net, kesemua 50 lokasi melibatkan Wisma Negeri, pejabat tanah dan daerah, majlis daerah, pejabat agama, jabatan kebajikan masyarakat serta jabatan dan agensi di seluruh negeri ini boleh menerima akses secara bersepadu," katanya.


Mengenai projek 1NS Wireless City, Mohamad yakin akses terhadap capaian Internet itu dapat dibuat dengan lebih menyeluruh, walaupun projek perintis hanya melibatkan tujuh kawasan awam iaitu di sekitar Seremban, Seremban 2, Nilai, Senawang, Rantau, Port Dickson dan Tampin.


''Ketika ini capaian dan pengunaan Internet di kalangan penduduk cuma sekitar 38 peratus, saya berharap dengan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri ini, ia dapat diakses dengan lebih banyak menjelang akhir tahun hadapan dan mampu meningkat kepada 50 peratus.


''Saya menjangka menjelang tahun 2015, rakyat negeri ini mampu mengakses sehingga mencapai 70 peratus," ujarnya.


Apa yang penting, orang ramai boleh melakukan akses Internet secara percuma dengan kos dibiayai kerajaan negeri menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar Streamix.


Sementara itu Zamzamzairani berkata, 1NS*Net menggunakan perkhidmatan Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) menerusi rangkaian Metro-Ethernet (Metro-E), yang membentuk sebuah infrastruktur yang membolehkan semua agensi kerajaan negeri mengakses sistem aplikasi Kerajaan Persekutuan dan negeri.


''Bagi melaksanakannya, TM mengunakan teknologi IPVPN menerusi Metro-E serta dilengkapkan dengan pelbagai penyelesaian seperti Bandwidth Management Tool (BMT), Network Security Management Appliance dan Network Management (NMS) serta perisian anti-virus," tegasnya.


''Projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City akan mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir bulan ini, di mana TM menyediakan peralatan yang diperlukan di bawah kontrak projek selama tiga tahun," ujarnya.


Beliau menambah, laman web 1NS Wireless City juga akan berfungsi sebagai portal komunikasi antara kerajaan negeri dan komuniti jalur lebar, selain berkongsi maklumat, promosi dan aktiviti berkaitan negeri....Sumber dari Utusan Malaysia 6 Oktober 2010

Mencontohi diri sendiri

Tinta YDP
http://quransaintifik.blogspot.com


KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.

Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan.

Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.

Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain? Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri.

Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin. Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil. Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi.

Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan. Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil. Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

N Sembilan ke suku akhir.

Nasib 6 pasukan lain ditentu dalam perlawanan terakhir kumpulan Sabtu ini

JUARA bertahan, Negeri Sembilan mengesahkan tempat ke suku akhir, mengiringi Selangor yang mara minggu lalu, apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium MBPJ, malam tadi.

Namun identiti enam lagi pasukan ke suku akhir hanya akan diketahui Sabtu ini dengan finalis musim lalu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor FC dan Perlis mencerahkan peluang selepas meraih kemenangan semalam.

Kelantan yang beraksi bersama Negeri Sembilan dalam Kumpulan A, turut mencerahkan peluangnya selepas menyentap harapan pesaing, PKNS apabila menewaskan pasukan Liga Perdana itu 4-0 menerusi jaringan Mohd Farisham Ismail pada minit ke-28, Akmal Rizal Rakhli (m-55), Mohd Badhri Md Radzi (m-78) dan penalti kapten, Indra Putra Mahayuddin (m-85) dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamad IV.

Di Stadium Cheras, Pahang merampas kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan B apabila menundukkan Kuala Lumpur 1-0 menerusi jaringan Faizul Hussain pada minit ke-53 untuk menjadikan persaingan tiga penjuru perebutan dua tiket suku akhir bersama-sama Sabah dan Terengganu.

Terengganu turut mencerahkan peluang apabila menewaskan Sabah 3-0 dengan jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-34 dan 46 sebelum Wan Mohd Alif Wan Najmi memastikan gol ketiga (m68).

Dalam saingan Kumpulan C, Johor FC meraih tiga mata berharga dengan menundukkan Tentera 2-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang menerusi gol Amir Omar Khata (m-25) dan tandukan Mohd Izuan Jarudin (m-68) sebelum pelawat merapatkan jurang pada minit ke-72 menerusi tandukan V Saravanan.
Perak turut mencerahkan peluang mara dari kumpulan itu selepas jaringan tunggal Razali Umar Kandasamy pada minit ke-72 memastikan kemenangan ke atas Kedah 1-0 di Stadium Perak.

Perlis turut menyalakan api perjuangan selepas menundukkan T-Team 4-1 di Stadium Utara Kangar menerusi gol Mohd Faiz Sobri pada minit kelapan, disusuli rembatan Wan Khairul Faiz (m-12) dan sepakan penalti Azrul Ahmad (m-30).

Rosdi Talib merapatkan jaringan untuk T-Team (m-50) tetapi Perlis mengukuhkan kedudukan menerusi gol keempat Mohd Syazwan Zainol, enam minit kemudian.

Selangor mengekalkan rekod sempurna di gelanggang sendiri musim ini apabila membelasah Felda United 4-1 untuk menambah derita juara Liga Perdana itu yang terus gagal mengutip sebarang mata. B_Harian

Kelas Fardhu Ain


KELAS FARDHU AIN
ANJURAN PERMANIS

BAHAGIAN 1:
BAB BERSUCI & SOLAT

13 & 27 OKTOBER 2010

DATARAN KIMIA FAKULTI SAINS

9-10.30 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

TERIMA KASIH

JAKSA 10: jalinan kasih terindah


Pada 1-3 Oktober 2010 yang lepas, PERMANIS UM telah berjaya menganjurkan program JAKSA 10 - Jalinan Kasih & Sambutan Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli, Kg Sawah, jelebu, Negeri Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan itu disertai oleh 40 orang mahasiswa yang pastinya masing-masing teruja untuk mengikuti program tersebut lebih-lebih lagi pertama kalinya ia diadakan di perkampungan orang asli.


JAKSA 10 turut mendapat kerjasama yang sanagat baik daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N Sembilan dan JKK Kampung Sawah. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang pastinya tidak mudah untuk dilupakan, kami peroleh sepanjang berkampung selama 3 hari 2 malam di perkampungan orang asli tersebut. Antara aktivitinya termasuklah pembahagian keluarga angkat, ramah mesra, ziarah dakwah, gotong royong, slot akademik, sukaneka, menyumpit, malam persembahan, jamuan hari raya, dan majlis perasmian penutup.


Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Penasihat PERMANIS iaitu Prof Dr Faisal Bin Hj Ali, turut dihadiri oleh wakil adun Simpang Pertang, dan Tok Batin Kg Sawah. Ia turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyioan lagu hari raya daripada penduduk kampung yang pastinya ia sesuatu yang sangat baru dan menarik bagi peserta yang baru pertama kalinya merasai suasana tersebut.


Selepas itu, jamuan hari raya PERMANIS bersama penduduk kampung sebagai penutup untuk JAKSA 10 pada kali ini. Pastinya JAKSA 10 meninggalkan 1001 kenangan terindah kepada para peserta dan penduduk kampung. Moga berjumpa lagi... ingat kami selalu... PERMANIS_Tetap Di Hati


















more picture, clik me (facebook)
video JAKSA, clik me (you tube)