OBJEKTIF
Meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.
Memberikan pengalaman dan pendedahan kepada warga PERMANIS dan masyakat luar tentang tatacara mengendalikan sesuatu program.
Membuka minda masyarakat luar tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mahasiswa.
Melahirkan mahasiswa yang peka terhadap perkembangan semasa dan bersedia untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.
Melatih kemahiran berkomunikasi dan kecekapan mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat.
PENGARAH PROGRAM
ABDUL RAHMAN BIN SIHAM
JUSTIFIKASI PROJEK
Operasi Khidmat Masyarakat Negeri Sembilan 2011 atau dengan nama singkatannya OPKIMNAS merupakan projek di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan pada sesi 2010/2011. Program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Muhammad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan juga pihak Yayasan Negeri Sembilan sendiri. Program ini satu wadah baru demi kecemerlangan dan kegemilangan mahasiswa dalam menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Persediaan dari segi intelektual, rohani, dan jasmani perlu dilakukan agar hasrat ini tercapai. Menyedari hakikat ini, program-program berbentuk kemasyarakatan seperti ini telah dirangka dan diperkemaskan dengan jangkaan ianya dapat memperkukuhkan jati diri mahasiswa supaya mereka lebih prihatin terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam masyarakat dan mengenalpasti jalan penyelesaian. Selain itu, melalui program ini diharap agar dapat juga memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan keilmuan kepada struktur masyarakat desa.
0 comments:
Post a Comment