1NS*Net Dan 1NS Wireless City

Majlis Pelancaran Projek 1NS*Net Dan 1NS Wireless City

''Di bawah projek usahasama antara kerajaan negeri dan TM, pelbagai rangkaian berlainan yang sebelum ini dikenali sebagai NS*Net telah digabungkan untuk menjadi 1NS*Net.



''Untuk itu, melalui projek ini dua lagi rangkaian yang digunakan Kerajaan Persekutuan turut dicapai menjadi gabungan dalam 1NS*Net yang sebelum ini diakses secara sendiri iaitu EG*Net dan NRE*Net," katanya di sini hari ini.


Mohamad berkata demikian selepas melancarkan projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City di Hotel Royale Bintang, di sini hari ini.


Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengurus Besar TM negeri, Salmah Mohd. Taufek.


Mohamad berkata, objektif utama projek 1NS*Net adalah untuk meningkatkan keberkesanan jabatan kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk di negeri ini.


''Melalui 1NS*Net, kesemua 50 lokasi melibatkan Wisma Negeri, pejabat tanah dan daerah, majlis daerah, pejabat agama, jabatan kebajikan masyarakat serta jabatan dan agensi di seluruh negeri ini boleh menerima akses secara bersepadu," katanya.


Mengenai projek 1NS Wireless City, Mohamad yakin akses terhadap capaian Internet itu dapat dibuat dengan lebih menyeluruh, walaupun projek perintis hanya melibatkan tujuh kawasan awam iaitu di sekitar Seremban, Seremban 2, Nilai, Senawang, Rantau, Port Dickson dan Tampin.


''Ketika ini capaian dan pengunaan Internet di kalangan penduduk cuma sekitar 38 peratus, saya berharap dengan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri ini, ia dapat diakses dengan lebih banyak menjelang akhir tahun hadapan dan mampu meningkat kepada 50 peratus.


''Saya menjangka menjelang tahun 2015, rakyat negeri ini mampu mengakses sehingga mencapai 70 peratus," ujarnya.


Apa yang penting, orang ramai boleh melakukan akses Internet secara percuma dengan kos dibiayai kerajaan negeri menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar Streamix.


Sementara itu Zamzamzairani berkata, 1NS*Net menggunakan perkhidmatan Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN) menerusi rangkaian Metro-Ethernet (Metro-E), yang membentuk sebuah infrastruktur yang membolehkan semua agensi kerajaan negeri mengakses sistem aplikasi Kerajaan Persekutuan dan negeri.


''Bagi melaksanakannya, TM mengunakan teknologi IPVPN menerusi Metro-E serta dilengkapkan dengan pelbagai penyelesaian seperti Bandwidth Management Tool (BMT), Network Security Management Appliance dan Network Management (NMS) serta perisian anti-virus," tegasnya.


''Projek 1NS*Net dan 1NS Wireless City akan mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir bulan ini, di mana TM menyediakan peralatan yang diperlukan di bawah kontrak projek selama tiga tahun," ujarnya.


Beliau menambah, laman web 1NS Wireless City juga akan berfungsi sebagai portal komunikasi antara kerajaan negeri dan komuniti jalur lebar, selain berkongsi maklumat, promosi dan aktiviti berkaitan negeri....Sumber dari Utusan Malaysia 6 Oktober 2010

2 comments:

ismail said...

salam,

Saya terpanggil untuk mendapat maklum balas mengenai projek kerajaan yag dikatakan bernilai RM2.2 juta ini

Hari ini saya pergi ke Taman Tasik Seremban untuk mendapatkan internet yang dikatakan percuma malangnya saya gagal untuk membuat pendaftaran melaui 'loading page' yang disediakan.

mungkin signal kurang baik lalu saya bergagas ke City Park S2 pula, tapi keadaan yang sama juga walaupun ketika itu saya betul-betul berada dibawah antena yang kelihatan begitu canggih.

saya pergi pula ke Terminal 1 pun nasib yang sama juga di sana..akhirnya saya masuk ke KFC dan di sana baru saya berjaya mendapat WIFI percuma...tapi dari KFC wifi!!

Untuk makluman ketika itu saya menggunakan 2 buah telepon bimbit iphone 3gs dan SE Satio

Tarikh:6-1-2011

jam antara 8:00am hingga 11:00am

TINTA said...

wasalam, ismail.
utk makluman, mungkin saudara boleh mengajukan permasalah ini terus kepada laman emel web ini.. http://www2.ns.gov.my/
-portal rasmi negeri sembilan,
artikel ini saya copy dari laman web di atas