Untuk itu, tahniah dan penghargaan buat Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) atas usaha untuk menghidupkan semula nilai kualiti tahap keintelektualan mahasiswa UM dengan penganjuran Kelas Fardhu Ain.
Penganjuran kelas itu adalah dibawah kelolaan Saudara Khairul Azhar Bin Meerangani selaku Exco Dakwah dan Kerohanian PERMANIS UM.
Beliau menjelaskan antara pengisian yang cuba diterapkan dan disampaikan kepada para peserta Kelas Fardhu Ain ialah beberapa modul utama iaitu Persoalan Asas Ibadat,Isu-isu semasa dalam Islam dan Pembentukan Modal insan (mahasiswa) Berkualiti.
Namun beliau berkata, sewajarnya badan pelajar di UM tidak dikecilkan peranannya dengan hanya melengkapkan pusingan program-program yang dirancang oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM semata-mata selama 2 semester,tetapi seharusnya diberi ruang dan peluang sendiri dengan HEP memperuntukkan sedikit modal dan dana kepada mereka untuk menganjurkan program berbentuk keilmuan dan keintelektualan di sini.
“Ini adalah merupakan satu usaha dan pendekatan yang positif untuk persatuan-persatuan di UM”,katanya.
Tambah beliau lagi, “Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) khususnya dalam penumpuan sebarang perancangan dan memberikan idea-idea untuk membangunkan modal insan mahasiswa UM dalam menjadikan mahasiswa selaku agen utama kepada masyarakat yang pincang akhlak dan ilmu pengetahuan di luar sana.”
Sabri juga merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) diatas kesudian(PMIUM) untuk bekerjasama dalam menjayakan Kelas Asas Fardhu Ain dan juga beberapa persatuan lain yang sudi bekerjasam dengan PERMANIS UM. – UMtoday.
0 comments:
Post a Comment